Isnin, 10 Februari 2014

Kelambu Khemah Moden

Assalamualaikum... 

 Tiada nyamuk tiada denggi.... eceh! mentang2 la baru beli kelambu... 

zaman sekarang ne...bkn baby je nak kena pakai kelambu... ibu ngan ayah baby pun kena pakai gak!

i beli kelambu moden ne dari bloger ne... RM40.00 sahaja... siap COD lagi.... 


Tersanggat la senang pakai kelambu ne.... main bukak bukak je terus siap pasang!dh tak payah nak ketuk ketang paku dekat dinding dah

Dan yang paling besttttt kelambu ne sebenarnya u all boleh pasang terus atas katil! dan selamat kalau ada baby kecil yang tdo lasak... baby u all tak akan jatuh terus ke lantai! kelambu ne akan tolong sambutkan! hehehe

zaman i kecik2 duluuuuu time nak tdo je bergaduh2 ngan akak2 i soh pasang kelambu.... punya la pemalas memasing... disebabkan i bongsu plg comel so i la yang selalu kena pasangkan...huhuhuhuhu

cara nak melipat pun senang je......


boleh di bawak kemana mana

nak basuh pun senang... u all lipat2 kan kelambu ne dan rendamkan dengan air sabun

Tapiiiiii masalahnya sekarang ne.... punya la panas dok dlm kelambu ne.... walaupun dh bukak kipas no.5.... ayoyoyoyo... ada gak kang i bawak kipas masuk sekali dlm kelambu ne kang!

Rabu, 5 Februari 2014

Balik kampung

Assalamualaikum.....

orang cina yang beraya orang melayu pun nak sibok2 gak balik kampung hehehe termasuk la i.... Alhamdulillah...start balik kampung atok ayah khamis malam tak jem pun....
 
jumaat petang balik kampung atok ibu lak.... yehhhhhhh

 

Bujang sorang ne bila dh balik kampung mmg tak maunya dok dalam umah... pantang la klu pintu umah tu terrrrrrbuka....nk kuwa je.... habis berbintat bintat 1 badan kena gigit nyamuk... yang peliknya orang lain tak kena pun!



Nasib baik depan umah ada kawasan lapang...dapat la main layang layang.. 

Rasanya i yang lebih teruja main benda ne... sebab time kecik2 main tak penahnya layang2 tu nak naik... dok beria berlari je... naiknya tak! ne teruja i tengok layang2 naik tinggiiiiiiii

lepas penat berjemur main layang2...dok layan pulak minum air kelapa sejuk yang ayah ammar kopekkan....wowwww best Ooooooo...

tu la nikmat dok kampung.....

Kalau dekat kampung atok ayah boleh tengok lembuuuu bukan tengok je... nak sentuh pun boleh! yang peliknya lembu2 ne semua suke dekat ammar.... ammar lak tak takut pun dekat lembu2 tu... klu ibu dia dh lama cabut lariiiiii


lembu pun nak gak tukar selera...makan gula2 lolipop.... asik makan rumput je.... tawar!

Lembu dekat umah atok ayah punya la manja...mcm kucing! ada tu sampai dh nak masuk dalam umah.. ibu ammar time dh bersedia nak cabut lari ikut pintu belakang je hehehe

Balik umah atok ayah ari isnin tengahari..... isnin lepas maghrib terus balik putrajaya... Alhamdulillah tak jem pun... tapiiiiiiii

sok paginya.....*pengsan* punya la letihhhhh lemau je rasa badan... kononnya nak keje separuh hari... last last terus cutiiiiii

Jumaat, 24 Januari 2014

Orang Dapur

Assalamualaikum....

Hi u all....

Alhamdulillah....akhirnya hari ne i berkesempatan nak mengupdate blog! tapiiiii untuk update yang akan datang tak lagi pulak bilanya.... kesibukan yang rasa tak cukup kaki tangan... mcm nak pinjam cakura naruto je...

kesibukan yang kadang kadang membuatkan i ne jadi bengong gak kejap! pikir benda lain jawab lain... pikir benda lain dan buat benda lain huhuhuhuhu.... tak mau cita hal keje di opis... nak cita keje di rumah!

Tulang belakang i dah takde! maksud i adik ipar i huhuhuhuhu bukan tulang i k! adik ipar i dh pegang pistol je.... tak nk pegang sudip dh... so i la yang kena amik alih balik tugas menjadi masterchef...... sedih T_T

Tiap tiap hari walaupun banyak keje di opis i kena jugak seach resepi tok masak! i bukannya pandai masak k.... i cuma geti goreng telur ngan masak sardin je! percaya la.... so padan la muka dekat i yang kena masak dan padan muka jugak dekat orang yang kena makan masakan i tu hehehehe



Bila dh jadi orang dapur ne....baru la i perasan... rupanya cili ne ada banyak color hehehehe cantikkkkkkkk

Sesak nafas i ngan hal kerja di opis... kt umah lak sesak nafas nak memasak bagai.... so bila dapat relax2 landing2 dekat sofa sambil tengok tv... sesak nafas lak nak mencari remote tv yang entah mana letaknya...bengang betul! dh mengamuk 1 umah baru la jumpa remote dekatttttttttt















dalam lubang speaker


Ammmmmmmrrrrrrrrrr

tetiba i rasa hilang semua stress2 i.... tersenyum tengok gelagak ammar hehehe

Rabu, 8 Januari 2014

Penjagaan gigi kanak kanak

Assalamualaikum.... 

Sabtu baru ne i baru perasan.... Ammar dh tumbuh gigi yang nombor 4! tapi baru kuwa yang belah kanan je....



Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana?

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?

Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :

1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak

Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.
Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan. 

Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi. 

Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi

Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.
Selamat mencuba!

Lirik lagu time memberus gigi :

"Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa"

Isnin, 6 Januari 2014

Tip Tiramitsu

Assalamualaikum.... 

Bukan niat nak bagi korang terliuh (eh! terliuh k???) tapi ne atas permintaan jiranku yang nak tengok tiramitsu yang telah dipotong!

Ne tiramitsu yang i buat khamis lepas tu....


nyam nyammmmmmm

mmg sedop Ooooooooo.... ongkos nak buatnya pun besO Oooooooooo

Hari ne i nak bagi TIPS... sendiri tanya sendiri jawab hahahahahaha! atas pengalaman i buat tiramitsu ne sebanyak 2 kali hehehehehe

Kalau...... biskut VS tanpa biskut

i rasa klu nak tiramitsu nampak banyak.... dan nak lagi banyak kali makan elok la buat yang berbiskut! 

Tapiiiiiiii klu nak gak buat yang tanpa biskut...u all guna la resepi i yang ini.... jenama bahan pun kena sama gak taw! klu guna jenama bahan yang ini... rasa dia agak pekat! i tak suke sanggat...

Kalau..... biskut tiramitsu tak ada

yang ne korang boleh gantikan dgn span cake... lagi jimat! jadinya tak payah la main celop2 air tu.. sebabnya biskut tiramitsu ne bagi i mcm tak ada perasa...sebab tu la kte celop2 ngan air nescafe tok bagi perasa. lagi pun kte kena melemputkan biskut tu...

Kalau... Celop ngan air lain?????

Pon boleh gak... terpulang la kt korang nak guna kopi k... milo k.... sebenarnya air tu tak letak gula k susu  pun tak pe... tapi klu dh letak pemanis dekat air...harus la kurangkan gula dekat campuran whipping cream + cream cheese tu....

Kalau.... tak suke cheese

 u all boleh gantikan cream cheese ngan cooking cream... tapi i pun tak penah cuba lagi... tak tahu la sedap k tak...

Kalau....malas blend biskut oreo tak pun blend kering tak xde!

u all boleh je nak guna koko powder...tapi klu nak gak guna biskut oreo... korang hentak je la biskut oreo tu pakai lesong batu!

Kalau... tak nak letak filling filing?

ikut suke ati korang la.... i letak sebab nak pelbagaikan rasa...

Kalau....kalau.... malas nak buat?

 ai......penat i cita....kalau malas nak buat beli je la ngan i.... hehe




Jumaat, 3 Januari 2014

Tiramitsu Special

Assalamualaikum

dan

Salam Jumaat 

 Semalam i buat tiramitsu.... sebenarnya adik ipar i yang teringin nak try makan tiramitsu ne... so i pun buatkan la.....

Apa yang specialnya dekat tiramitsu ne????????


sebagai tahniah dekat adik ipar i yang dapat jadi POLIS!

Waaaaaa lepas ne tukang masak i dh pegang pistol je... xmain dh sudip senduk ne.....

kali ne tiramitsu i lain dari yang sebelum ne.... sebab i ada tambah biskut tiramitsu dan menggunakan bahan berjenama yang berlainan... 


Bahannya :



Biskut Tiramitsu - i pakai setengah je
Biskut Oreo - i guna setengah gak...
 * Wipping Cream - 400ml
* Cream Cheese - 500ml
* Gula aising - 1 cawan, i kurangkan sikit
Filling Strawberi
3 in 1 Nescafe

kalau nak buat sikit je boleh bahagi 2 bahan yang star2 tu ***

Caranya :

- Blend kering biskut oreo... (yang krimnya tak mau) siap!
- Putar cream cheese + wipping Cream + gula aising hingga sehati sejiwa
- celopkan biskut tiramitsu pada 3 in 1 nescafe (harusla dibancuh dulu air nescafenya...)

Tacap menacap :

- susun biskut tiramitsu yang telah dicelop air nescafe tadi dlm bekas
- letakkan adunan crem tadi.. (simin kasi molek molek ok)
- susun lagi biskut tiramitsu yang telah dicelop nescafe
- letak pulak filling strawberi...ratakan
- letak balik aduan cream...ratakan gak
- dan....taburkan habuk habuk biskut oreo yang telah diblend td (guna penapis air je)
- hias mengikut sesuke hati!
- masuk dalam peti ais semalaman
- tunggu hari esok.... baca bismillah dan terus ngap!

Disebabkan i baru buat malam semalam... so maksudnya i pun tak merasa lagi tiramitsu ne sop sop sooooop!
 Ooooh cepat la pukul 5.00pm......

Masa beli bahan tok buat tiramitsu dekat kedai buat kek... i terjumpa bekas yang tersanggat la cutenya..... terus i beli! bekat ne untuk menyukat tepung k gula k.... apa2 la....



Dari sisi kiri sukatan dalam (ML) dan dari sisi kanan pulak sukatan dalam (oz)



dekat pemegangnya pulak.... sukatan sudu dan cawan!

cutekaaaaaan.... dh tak payah nak guna banyak2 bekas untuk buat sukatan..... (eceh! mcm la i ne selalu buat kek punnnnn)

k.... selamat mencuba!

Khamis, 2 Januari 2014

Ambang 2014

Assalamualaikum.....

Selamat Tahun Baru...

Boleh wish lagikan...alah....lewat sehari je pon!

Diambang tahun baru..... kte orang pergi alamanda.... dok menawaf 1 alamanda sampai lengoh2 kaki... Ammar lak dok berminat sanggat dekat escalator... ada hati nak naik sendiri tu... tak  mau didukung...dok asik tunjuk je benda gerak gerak tu.... oh ayah ammar...beli la satu letak dekat umah! hehehehe

Yang kte orang ne pulak dok tawaf mencari pizza hut... huhuhuhu rupanya dh tak de la... nampak sangat dh lama tak pergi alamanda.... tapi tetap tak putus asa... sanggup pergi P15 cari pizza hut...

Akhirnya....


Yang dicari-cari....


Makan puas puas!

Azam untuk tahun ne..... i kena belajor masak sop sop sopppp... lepas ne tukang masak i dh tak de sop sop soppppp... rasanya sebelum ne i penah buat azam ne... tapi hanya tingga azam je....