Assalamualaikum....
Sabtu baru ne i baru perasan.... Ammar dh tumbuh gigi yang nombor 4! tapi baru kuwa yang belah kanan je....
Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana?
Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai
yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau
tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap
suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi
anak anda?
Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah
memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa
hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan
langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak

Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda
sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh.
Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau
sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh
membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di
pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk
seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana
sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan
mempunyai berus yang lembut.
Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada
jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita
memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak
gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar
kepada berus gigi yang berbatang.
Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang
berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida
selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau
berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat
karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi
berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil
sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana,
jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi
berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat
fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa
florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko
tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai
untuk digunakan.
Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi
anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka
mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan
menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan
berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda
selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip
untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:
1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi

Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan
tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika
mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang
mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat
penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa
gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu
tumbesaran mereka.
Selamat mencuba!
Lirik lagu time memberus gigi :
"Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan
bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti
gigi jadi lawa"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan