Memaparkan catatan dengan label Share. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Share. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Januari 2015

Qaseh Gold Junior

Assalamualaikum 

hiiiii

Ammar ne susah betul nak makan nasi... kalau makan benda lain tu laju je... siap gelojoh lagi... sedangkan bukan ada sesiapa pun nak rebut makanan dengan dia...

So ayah ammar plan nak beli vitamin untuk tambah selera makan  budak tu

Ada yang kata makan Qaseh Gold Junior ne ok

Bila i check harga dia... mak aiii boleh tahan jugak


RM60.00 (450ml)

i beli ngan stokis boleh COD dapat gift sudu... pink pulak tu... lantak la kan....

i tahu Ammar memamg tak suka makan benda2 macam ne

tapi yang buat rasa nak beli gak tu sebab ia merupakan makanan sunnah

untuk keterangan lagi detail pasal Qaseh Gold Junior ne boleh baca sini

so dapat je semalam ayah ammar dh tak sabo dh nak bagi dekat anak bujang dia tu

Ammar lak bila dh nampak kita tuang Qaseh Gold Junior tu dekat sudu dh lari lintang pukang dh... ingat UBAT!

  
"Ammar jom makan maduuu sedaaaaaaaaap"














"nanak"

"manis la....cuba rasa dulu....mahal neeee"
















huaaaaaaaaaaaaaaaaa tu saje tunjuk sudu je tu dh jd mcm tu!

Penyudahnya bagi campur ngan susu je!

Sekian!

Rabu, 21 Januari 2015

Cara Download Video Youtube

Assalamualaikum

Haaaa nak bagi tahu rahsia mcm mana i download  video dari youtube untuk Ammar

Mula2...kita cari video yang kita nak tengok dekat youtube...

bila dh jmpe video yang berkenan kita copy link video tu yang ada http:// tu


Lepas tu bukak laman web ini dan paste kan di ruang download


Lepas tu pilih pulak MP4 360p


klik ok untuk save


Dah siap!




Luv u

Isnin, 10 November 2014

Saya Nak Menang

Assalamualaikum

hahaha seronoknya..... semalam malam i bukak susu duch lady Ammar  sekali i tengokkkkk
 
http://matcuoi.com

Alhamdulillah.....


tak sangka youuuuuuuuu

dh ada bau bau duit ne....

mungkin u all ada yang pelik kot nape i suke sanggat ne.... sebenarnya duch lady ada buat peraduan
peraduan ne...kita kena beli susu duch lady 1kg pastu tengok ada logo tak dekat pek susu tu... dh boleh menang....

Harapnya orang dekat umah tu tak terbuang la pek susu ne...

 kalau dia terrrrrajin terbuangggggkan... i soh dia bayar RM300 terus dekat i


Nasib baik ayah Ammar ada amik borang peraduan ne... 

Bila i baca syaratnya bla bla blaaa bla dan bla sampai habis...

rupanya nnti dia orang ne akan call kita balik tok tanya soalan... klu kita dapat jawab baru kira menang o - o... 

Dia orang nak tanya apa??????

i nak jawab apa?????

i nak duit je......

kalau dia orang call tapi i xperasan mcm mana?????

 http://matcuoi.com
Mungkin ammar akan kata dekat i
" ibu...leh menang k????"
huuuuaaaaaaa korang doakan la i menang... kena study ne

Selasa, 8 April 2014

Red Velvet Hairan

Assalamualaikum... 


Hello u all


 zaman sekarang semakin canggih manggih.... so xpayah nak hairan2 klu i boleh buat kek
"Red Velvet" hehehehehe... mesti bangga mak i ne klu tahu anak dia pandai buat kek!

senang je nak buat kek ne mak....eceh!

caranyaaaaaa






Beli je Tepung Hairan... boleh order online! hehehe mcm2 jenis tepung hairan ada...bayor je la....
  

mesti menjadi punya kek u all ne..... untuk kek red velvet hanya tambah air sejuk + minyak masak je.... senang kannnnn

i cuba kaedah kukus... menjadiiiiiiiiii....jangan isi adunan kek tu sepenuh penuh bekas... isi setenggah bekas je... kang kek u all...melimpah limpah pulak...

untuk toping atas tu cuma guna cheese tantura + gula kastor + aisin vanila... i ada tambah pewarna sikit....

agak segan gak nak tunjuk dekat u all hasil cupcake red velvet i tu....












i cuma letak cheese ne dalam plastik biasa je.... tu yang rupa mcm tuuuuu hehehehe walaupun rupa tak cantik...tapi sedap ok! percaya la....

Khamis, 20 Mac 2014

Sabun basuh baju 3 in 1

Assalamualaikum.....

Hello hellooooooo

hi u all... i nk buat iklan sikit ne...

kalau u all nak order sabun basuh baju 3 in 1 ne... meh order ngan i

u all mesti nak tahu apa yang 3 in 1 nya ne kannnn

sabun ne.... adalah pencuci / pelembut / pewangi.... atau nama lainnya... jimat / murah / wangi
hehehehehe bestkannnnnn

RM30.00 sahaja (10 liter)
Boleh COD untuk area Putrajaya 
Penghantaran adalah FREE area putrajaya

terdapat 7 bauan dan warna yang u all boleh pilih


i lebih suka bau MIX FRUIT dan DOWNY

kalau u all nak test hidu-hidu duluuu i ada samplenya...


kalau berminat boleh la order dekat ruang komen

k...jangan lupe order

tak order ruuuuuuugi

Khamis, 27 Februari 2014

TIP : Hilangkan Hitam Dalam Pengukus

Assalamualaikum 

 hello u all...

hari ne tetiba i nak bagi TIPS cara2 nak menghilangkan hitam pada pengukus..

ne adalah TIPS orang malas nak menyental ok!


tengOk pengukus i... itam kan..... 

Mula2 masukkan air mengikut paras kehitaman


Masukkan asam keping 2 keping dalam pengukus dan tutup!




i kukus hampir 1 jam

dannnnn





H
A
S
I
L
N
Y
A






like dayang senandung kan kan kannnnnn

lagi bagus kalau nak kukus apa2 tu... campak kan je sekali asam keping dlm pgukus... jimat gas!

k selamat mencuba....

Khamis, 13 Februari 2014

Tip Ketahui Kualiti Telur

Assalamualaikum.... 

i rasa semua orang mesti ada stok telur dekat dapur.... sebab tu menu memasak paling mudah ketika malas nak memasak.... Tapi masalahnya kadang2 kita tak tahu telur tu elok lagi k tak....



so..... jom buat experiments dekat dapur tok tengok kuali telur




1. Kalau telur tu terbaring didasar bekas maknanya telur tu masih baru

2. kalau sedikit miring maknanya telur tu sudah 1 minggu

3. Dannnnn kalau telur tu terapong! maknanya telur tu berkemungkinan sudah busuk!


~ Selamat berexperiments ~


Tip tok penyimpanan telur pulak... u all kena lap telur dulu dengan kain basah sebelum simpan kedalam peti ais... dannnnn pastikan bahagian runcing telur perlu diletakkan dibawah!

Rabu, 8 Januari 2014

Penjagaan gigi kanak kanak

Assalamualaikum.... 

Sabtu baru ne i baru perasan.... Ammar dh tumbuh gigi yang nombor 4! tapi baru kuwa yang belah kanan je....



Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana?

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?

Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :

1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak

Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.
Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan. 

Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi. 

Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi

Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.
Selamat mencuba!

Lirik lagu time memberus gigi :

"Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa"

Khamis, 12 Disember 2013

10 Tip Dari Dr. Sherine

Assalamualaikum

hi u all....

i nak kongsi tip yang tersanggat la menarik..... i copy and paste dari blog Adli Rajiah yang boleh dijadikan rujukan bersama...

 Sesuai untuk kanak kanak berusia 0 - 3 tahun!

 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 
 Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak. 
 
* klu ajak ammar berjalan sendiri dekat luar...dia akan rasa dulu baru jalan like "touch n go" la.. contohnya....ajak jalan dekat jln bertar...ammar akan rasa dulu jln tu ngan tangan dia baru la dia jalan... pas tu dok berjalan tersenget2...(biasa la budak baru belajar kan) sampai pulak dekat rumput dia kan sentuh lak rumput tu...jalan lagi tersenget2 sampai pulak dekat pasir... dia akan touch gak pasir tu...bergitu la seterusnya....bila mau sampai tu tak tahu la....*

 2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc
  Dr.Sherine kata "Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time." "Never leave the child and ipad alone. Watch with him. 

Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching." "It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching." 

 * ayoyo yang ne rasanya i selalu bagi ammar tgk video dkt hp lebih dari 10 minit! i akan bagi dia tengok video tok lekakan dia time bagi makan... yang bagusnya ammar tak jemu2 tengok video dia sendiri! hehehe *

 menurut Dr Sherine: Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.
 How? 
Bawak keluar rumah. Look around. 
Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. 
Bawah, tunjuk grass, 
tunjuk cat, 
tunjuk flowers. 

Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. 
Pastu flash huruf B kat bawah pulak. 
Pastu flash huruf C sebelah kiri,
 huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya. 

Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik.

3) Stimulate their imitation skills. 
 Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands.

Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development. 

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni: Say a word, dan suruh anak ulang. Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru. Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru. Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut. Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi. Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat. Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

* sllunya...bila ammar dance...ayahnya akan tiru gaya dance ammar huhuhuhu *

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

 * yang ini i tersangggat la suke mendengarnya.... sbb ammar dh 1 tahun 3 bulan masih suke merangkak lagi *

 4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
 Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain. Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.

 5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. 
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan "That is elephant!" atau "Wow u see that big elephant?" Camtu. 

 Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh, "Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird." Avoid guna perkataan "The This That And With etc". 

Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird." Camtu. Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively. 

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh, "Eat." bukan "Come and eat." atau "U must eat." "Sit." bukan "Come and sit beside Mama" atau, "Sit and keep quiet." Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence. 

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5.
 Avoid salam, hug or kiss. Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia. So macam fobia camtu la kan. Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. 

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

* emmmmmm baru perasan ada bagusnya jugak hi-5 ne.... ammar mmg xgeti salam sanggat... klu dtg moodnya dia akan sambut tangan kita dan terus gigit! klu soh wt hi-5 lak dia akan tepuk tangan kita banyak banyak kali! *

 7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah. 
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah. Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan. Kalau anak kau baring, kau pon kena baring. Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..- 

* sllunya kalu kita marah ammar...dia akan gelakkan kita balik *

8) Overly-attached to one person is not a good sign. 
 Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members. 

* ok yang ini "family members" ammar kena amik masa sekit tok rapat ngan orang... tapi kurang dari 24jam la.... *

9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Gitu. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong. 

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. 
 Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak. 

 Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Haikal menangis?" Tapi Haikal diam je, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam "Haikal jatuh?" "Haikal sakit perut?" "Haikal nak ikut papa pergi kerja?" "Haikal bosan?" Itu contoh. 

Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.