Rabu, 31 Disember 2014

Tablet : Kebaikan Keburukan

 Assalamualaikum

helluuuu

Sekarang ne macam2 jenis gadget ada... i pun teringin gak membeli tablet.... RM99.00 di Lazada.. untuk Ammar jadi la...


tengok tu...screen dia lagi besor dari HP i....puas tengok...nak baca blog sendiri pun senang


nasib beli murah je.... baru beberapa hari beli dh banyak kali jatuh...tu yang terrrrjatuh... yang memang sengaja dijatuhkan tu tak kira pulak...

Bila tablet murah faham faham je la ye... kekadang ting tong jugak... ammar kata "ayooo...jem" i lebih banyak download youtube dari tengok guna wifi sebab boleh pantau apa yang di tengok tu

i tahu mesti ramai parent yang tak suke i beli tablet untuk anak yang baru berusia 2 tahun huhuhuhu tapi bagi i gadget ne sebenarnya ada kebaikan keburukannya.... ini cuma pendapat i je la...

******************************************************

.: Keburukan Gadget :.

Kemahiran motor dan rasa yang terbatas
 Apabila si kecil keterlaluan menggunakan jari-jemari mereka menyentuh skrin tablet untuk bermain, ia sebenarnya telah membantutkan perkembangan kemahiran mereka. Mereka tidak dapat rasa dan bau benda yang sebenar. Mereka tidak dapat meningkatkan kemahiran tangan mreka. Jangan terkejut sekiranya anak anda nanti tidak mahir memegang pensil untuk menulis nama apabila sudah masuk ke tadika.

Ketagih ‘game’
Jangan berbangga sekiranya si kecil yang baharu berusia setahun dua sudah pandai bermain ‘game’ dalam tablet. Ia hanya akan membuatkan mereka rasa ketagih dan tidak boleh berhenti bermain.

Meningkatkan risiko rabun
Akibat terlalu lama mata tertumpu kepada skrin tablet, ia boleh menyebabkan mata anak yang masih kecil cepat letih dan penat. Ini meningkatkan risiko mereka bercermin mata walaupun baharu berusia bawah enam tahun.

Mengganggu tidur
 Mungkin ada segelintir ibu bapa yang gemar menggunakan teknologi untuk tujuan menidurkan anak mereka. Membacakan buku sebelum anak tidur memang aktiviti yang bagus tetapi jika menggunakan tablet, ia hanya akan membuatkan anak anda semakin sukar tidur. Cahaya yang terang daripada tablet dan pelbagai bunyi-bunyian hanya akan membuatkan si kecil anda semakin aktif dan ligat. Lebih baik baring bersama dan peluk anak sampai mereka tertidur.

Anak mudah mengamuk
Cuba anda minta semula tablet yang sedang digunakan oleh si kecil untuk bermain. Apa reaksi mereka? Tentu sahaja dia akan mengamuk dan menangis. Inilah akibatnya jika kita tidak mengawal aktiviti penggunaan tablet. Bila sudah ketagih, emosi mereka tidak stabil kerana asyik teringatkan ‘game’ sahaja.

.: Masa bila i bagi tablet ? :.

Di Rumah
Time memasak..... kalau ammar sibuk gak ke dapur...bukak peti ais...celet2 botol kicap... kalau boleh habis kosong peti ais tu dia nak kerjakan...semua benda nak di keluarkan... tu tak cerita kalau dia keluarkan semua periuk2... aiii lauk ku CUKUP masin la jawapnya... so bagi tablet...soh dia leka kejap


Dalam Kereta
Kalau perjalan jauh...lelama budak ne bosan gak tak sampai2 tempat yang dituju... bagi makan dalam kereta dh kenyang dah...sampai kereta2 pun dapat makan sekali..habis penuh bersepah2... dh mula nak tolong ayah dia bawak kereta pulak...tolong tukarkan gear la... on off radio la... besar kecik kan suara radio la... cuba bukak pintu kereta time kereta bergerak la... ahhhhhhhhhh so bagi tablet


Meja makan 
kadang2 ammar ne tak nak makan... bila bagi tablet..sambil2 tu kita suap2 kan dia...haaaa habis sepinggan dia makan... tapi kalau boleh biar la dia belajar skill makan sendiri tu

konon malas masak... Ibu ngan ayah lak baru nak ala2 candle light dinner dekat luar....sekali anak pulak naik atas meja makan...  tak ke huru hara dibuatnya... so bagi tablet


.: Cara Pantau Gadget :.

Masukkan cerita2 yang ada unsur2 pembelajaraan... (ABC 123 Alif ba ta) kanak2 kan suka belajar sambil menyanyi2... dengan warna2 yang menarik

Nanti lama2 dia akan terikut sebutan nyanyian tu

Sambil2 tu kita pun boleh mengajar dia sekali...terangkan balik kepada anak apa yang dia tengok tu...

kalau boleh jangan nk download game... nnti dia dok main game je....

Limitkan masa dalam 1 jam ke 2 jam sahaja kegunaan gadget

Jarakkan penglihatan mata anak dengan gadget

Sebenarnya anak ne kalau kita layan dia bermain dia tidak akan cari gadget... percaya la... so ibu bapa kena rajin layan anak bermain macam bola k...lego k... flash card k.... conteng2...main masak2 pun boleh walaupun anak lelaki


Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan