Selasa, 9 Disember 2014

Tip Penjagaan Ikan Laga

Assalamualaikum... 

hiii...tetiba terbeli lak ikan laga ne....


Tak tahu la berapa lama hayat ikan ne kalau i yang jaga hehehehe.... i beli ikan ne dekat kampung i ok.. mcm la dkt KL tak ada jual kan! semalam i bawak ikan ne dari Johor ke KL selama 3 jam di dalam kereta... nasib baik masih bernyawa lagi.

i kalau balik kampung suke pergi pasor Ahad... ala mcm pasor malam biasa tu cuma pasor ne ada di pagi ahad je... kt pasor tu ada jual ikan murah2 beb... tapi kena la banyak bersabar...sebab punya la ramai orang kena beratur panjang...tapi berbaloi-baloiiiii

kt pasor tu ada la gerai jual ikan cantik2 ne... ammar dh terpaku dh dekat gerai tu... dia tak nak balik! nak tengok ikan! penyudahnya i beli la jugak ikan tok dia... i beli balang kecik je yang ada palang ngan 2 ekor ikan laga warna merah dan biru dan benda wajib makanan ikan tu!

Penyudahnya bila dekat rumah i je yang terpaku sorang2 dekat balang ikan ne... sampaikan my somi kata "nak goreng ikan laga tu" i sebenarnya tunggu bila ikan ne nak berlaga... tak laga laga pun! tak ada perasaan nak berlaga k????

Sekarang ne i tak sabar nak g beli hiasan balang tok ikan ne...hehehehe.. nak beli batu2...pokok...kayu...bestnya...

Tak tentu pasal gak sekarang ne...i kena study dulu mcm mn nak jaga ikan ne...

******************************

PENYEDIAAN BEKAS/BALANG/AQUARIUM IKAN LAGA. 
Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas. Saiz bekas/balang/aquarium yang sesuai untuk bakal ikan laga sekurang-kurangnya yang bersaiz 2 biji bata. Jika boleh, bekas lebih besar dan luas juga sesuai untuk ikan laga anda. Ini supaya ikan anda boleh berenang bebas kerana di kehidupan liar ikan laga tinggal di sawah padi yang cetek dan luas. Tambah peralatan akuarium jika perlu seperti 'air pump' ataupun penapis. Jgn pilih penapis yang terlalu kuat hal ini kerana akan mengganggu/mengehadkan pergerakan ikan anda. Jika ingin menambah barang-barang perhiasan seperti kayu,pokok palsu pastikan barang-barang tersebut cukup-cukup bersih kerana barang2 perhiasan yang kotor seperti kayu yang masih baru mengandungi bacteria/alga/kulat yang boleh membunuh ikan laga. Pokok air yang hidup memang bagus untuk ikan anda. Ianya lebih cantik dari pokok palsu, dan ikan laga suka bermain,bersembunyi dan tidur di pokok air tersebut. Pokok hidup juga membantu mengoksigenkan air selain memastikan air bersih untuk tempoh yang lama. 

 PENYEDIAAN AIR. 
Air yang sesuai ikan laga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika anda menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga anda jika ingin segera anda boleh menambahkan sedikit beberapa titis ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga anda. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor/berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga anda kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan anda. Jika bekas/akuarium/balang ikan laga anda tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ikan laga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium. 

MAKANAN IKAN ANDA. 
Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas/koi tidak sesuai untuk ikan anda. Makanan brbentuk pelet Microworm Jangan bagi ikan anda makan terlalu banyak kerana ikan laga akan terus makan selagi anda memberinya makan. 8-9 pelet dah memadai untuk ikan anda. Makanan yang tidak dimakan elok diangkat keluar dari akuarium. Makanan lama atau yang dibiarkan boleh mengotorkan air. Makanan yang tidak dimakan elok dikeluarkan segera. Makanan hidup seperti jentik,cacing kering/dried worm juga bagus untuk ikan anda kerana makanan ini lebih selamat dan bebas dari bacteria/parasit Untuk anak ikan anda boleh beri makan microworm ataupun makanan ikan yang ditumbuk halus kerana anak ikan hanya makan makanan yang muat dengan mulutnya 

 BERSIHKAN BEKAS IKAN ANDA. 
Bersih/cuci bekas ikan laga anda sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga anda dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan anda dengan air panas/suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan laga anda. Pastikan anda tambah ubat anti-klorin jika menggunakan air biasa/paip Pastikan juga air yang ditukar sama suhu dengan air lama, untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut untuk ikan laga anda 

BERMAIN DENGAN IKAN ANDA. 
Jgn terlalu mengetuk bekas ikan anda tetapi anda boleh bermain dengannya hanya menggerakkan jari ke seluruh bekas dan melihatnya mengikut jari anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan