Rabu, 31 Disember 2014

Tablet : Kebaikan Keburukan

 Assalamualaikum

helluuuu

Sekarang ne macam2 jenis gadget ada... i pun teringin gak membeli tablet.... RM99.00 di Lazada.. untuk Ammar jadi la...


tengok tu...screen dia lagi besor dari HP i....puas tengok...nak baca blog sendiri pun senang


nasib beli murah je.... baru beberapa hari beli dh banyak kali jatuh...tu yang terrrrjatuh... yang memang sengaja dijatuhkan tu tak kira pulak...

Bila tablet murah faham faham je la ye... kekadang ting tong jugak... ammar kata "ayooo...jem" i lebih banyak download youtube dari tengok guna wifi sebab boleh pantau apa yang di tengok tu

i tahu mesti ramai parent yang tak suke i beli tablet untuk anak yang baru berusia 2 tahun huhuhuhu tapi bagi i gadget ne sebenarnya ada kebaikan keburukannya.... ini cuma pendapat i je la...

******************************************************

.: Keburukan Gadget :.

Kemahiran motor dan rasa yang terbatas
 Apabila si kecil keterlaluan menggunakan jari-jemari mereka menyentuh skrin tablet untuk bermain, ia sebenarnya telah membantutkan perkembangan kemahiran mereka. Mereka tidak dapat rasa dan bau benda yang sebenar. Mereka tidak dapat meningkatkan kemahiran tangan mreka. Jangan terkejut sekiranya anak anda nanti tidak mahir memegang pensil untuk menulis nama apabila sudah masuk ke tadika.

Ketagih ‘game’
Jangan berbangga sekiranya si kecil yang baharu berusia setahun dua sudah pandai bermain ‘game’ dalam tablet. Ia hanya akan membuatkan mereka rasa ketagih dan tidak boleh berhenti bermain.

Meningkatkan risiko rabun
Akibat terlalu lama mata tertumpu kepada skrin tablet, ia boleh menyebabkan mata anak yang masih kecil cepat letih dan penat. Ini meningkatkan risiko mereka bercermin mata walaupun baharu berusia bawah enam tahun.

Mengganggu tidur
 Mungkin ada segelintir ibu bapa yang gemar menggunakan teknologi untuk tujuan menidurkan anak mereka. Membacakan buku sebelum anak tidur memang aktiviti yang bagus tetapi jika menggunakan tablet, ia hanya akan membuatkan anak anda semakin sukar tidur. Cahaya yang terang daripada tablet dan pelbagai bunyi-bunyian hanya akan membuatkan si kecil anda semakin aktif dan ligat. Lebih baik baring bersama dan peluk anak sampai mereka tertidur.

Anak mudah mengamuk
Cuba anda minta semula tablet yang sedang digunakan oleh si kecil untuk bermain. Apa reaksi mereka? Tentu sahaja dia akan mengamuk dan menangis. Inilah akibatnya jika kita tidak mengawal aktiviti penggunaan tablet. Bila sudah ketagih, emosi mereka tidak stabil kerana asyik teringatkan ‘game’ sahaja.

.: Masa bila i bagi tablet ? :.

Di Rumah
Time memasak..... kalau ammar sibuk gak ke dapur...bukak peti ais...celet2 botol kicap... kalau boleh habis kosong peti ais tu dia nak kerjakan...semua benda nak di keluarkan... tu tak cerita kalau dia keluarkan semua periuk2... aiii lauk ku CUKUP masin la jawapnya... so bagi tablet...soh dia leka kejap


Dalam Kereta
Kalau perjalan jauh...lelama budak ne bosan gak tak sampai2 tempat yang dituju... bagi makan dalam kereta dh kenyang dah...sampai kereta2 pun dapat makan sekali..habis penuh bersepah2... dh mula nak tolong ayah dia bawak kereta pulak...tolong tukarkan gear la... on off radio la... besar kecik kan suara radio la... cuba bukak pintu kereta time kereta bergerak la... ahhhhhhhhhh so bagi tablet


Meja makan 
kadang2 ammar ne tak nak makan... bila bagi tablet..sambil2 tu kita suap2 kan dia...haaaa habis sepinggan dia makan... tapi kalau boleh biar la dia belajar skill makan sendiri tu

konon malas masak... Ibu ngan ayah lak baru nak ala2 candle light dinner dekat luar....sekali anak pulak naik atas meja makan...  tak ke huru hara dibuatnya... so bagi tablet


.: Cara Pantau Gadget :.

Masukkan cerita2 yang ada unsur2 pembelajaraan... (ABC 123 Alif ba ta) kanak2 kan suka belajar sambil menyanyi2... dengan warna2 yang menarik

Nanti lama2 dia akan terikut sebutan nyanyian tu

Sambil2 tu kita pun boleh mengajar dia sekali...terangkan balik kepada anak apa yang dia tengok tu...

kalau boleh jangan nk download game... nnti dia dok main game je....

Limitkan masa dalam 1 jam ke 2 jam sahaja kegunaan gadget

Jarakkan penglihatan mata anak dengan gadget

Sebenarnya anak ne kalau kita layan dia bermain dia tidak akan cari gadget... percaya la... so ibu bapa kena rajin layan anak bermain macam bola k...lego k... flash card k.... conteng2...main masak2 pun boleh walaupun anak lelaki


Sekian...

Selasa, 23 Disember 2014

Potty : Melatih anak ke tandas

Assalamualaikum...

I dh beli Potty untuk Ammar... kekononnya nak stop pampes! alang kepalang i beli Travel Potty terus...

I beli dekat lazada...RM39.00... banyak jenis potty yg u all boleh pilih... tapi i dh terjatuh cinta dengan yang ini...warna pun sweet je... potty ne 2 in 1...boleh guna di rumah dan bawak jenjalan.. and dia org akan bagi 4pcs bag plastik untuk popo...ala mcm bag plastik pasar tu je...


comelkan kaki potty ne... dh mcm kaki kura kura..


Bila nak letak atas toilet kte tu... u all kangkangkan kaki kura2 tu...


i suruh ammar duduk...dia kata tak nak! penyudahnya dia suruh ipin yang duduk

selain cara kt atas tu kita boleh guna cara duduk pulak... cara ne kita boleh guna bila anak kita tidak mahu duduk dekat atas toilet kita tu

ataupun bila kita ke mana2 tetiba anak nak popo... tandas awam pulak tak ada... so kita toleh kiri toleh kanan kepak2kan kaki kura2 tu.. and suruh anak duduk popo... dan jangan lupa masukkan plastik dalam lubang potty untuk buang popo tu nnti


Kalau nak simpan balik potty tu u all lipat2kan kaki kura2 tu...

Mudah disimpan dan ringan untuk di bawa kemana2

*********************************************************************

Habis dh cerita potty...nk cerita cara mengajar anak ke tandas pulak...antara tip yang i dapat and nak try antaranya :


Berdoa 
 haaa...nk ajar anak ke tandas pun kena banyak banyak berdoa taw! doa tinggikan kesabaran mental dan fizikal! sebabnya akan banyak dugaan menanti

Usia
Seeloknya ketika anak mula mampu berkomunikasi... mcm ammar sebut "encing" "eyak" dan ada nampak tanda2 anak tidak mahu pakai pampes

Persediaan 
 Rumah juga lebih baik tidak dihampar dengan tikar dan karpet setiap masa supaya najis dapat dibersihkan dengan mudah. Kita juga boleh menggunakan lapik getah di bawah cadar. 

Perkenalan
Untuk permulaan.. kita mulakan pada hari kita tidak bekerja... mulakan waktu siang dulu... kalau waktu malam sebelum tidur kita suruh dia kencing dulu...pastu pakaikan pampes... bila kita dah betul betul bersedia baru la kita boleh teruskan 24jam

Rajin Bertanya
Kena selalu tanya dekat anak setiap 30minit ke 1jam "nak kencing tak?" "nak berak tak?" selalunya dia orang akan kata "nanak" tapi u all kena gak bawak dia orang ne ke tandas

Potty
Belikan  tandas mini yang menarik untuk  anak dan letakkan di kawasan yang mudah dilihatnya dan terangkan fungsi tandas berkenaan kepada anak.

 i baru nak beli training pantz tetapi sebenarnya ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin.

bu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Latihanakketandas/Article/#sthash.DD1XZnut.dpuf















  • bu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia.















  • Galakkan anak menggunakan tandas mini mereka.
  • - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Latihanakketandas/Article/#sthash.DD1XZnut.dpuf















  • bu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia.















  • Galakkan anak menggunakan tandas mini mereka.
  • - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Latihanakketandas/Article/#sthash.DD1XZnut.dpuf
    Ibu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia walaupun potty yang u all beli tu mahal!

       Apabila anak berjaya menggunakan tandas mini mereka, ibu bapa harus memuji dan membuatkan anak gembira kerana anak-anak kecil akan berasa bangga apabila mereka berjaya dalam sesuatu percubaan. Pujian yang diberikan akan membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk melakukannya lagi

    sebelum tu....tunjuk dekat anak u all video ne dulu


    ok u all selamat mencuba... i pun mungkin tahun depan nak start

    Isnin, 22 Disember 2014

    House Of Mini

    Assalamualaikum....

    i nak bagi tahu u all... dekat warta aka bangi utama ada jual manisan yang comel sesanggat.. rasanya dekat tempat lain pun ada...u all boleh check web dia


    House Of Mini

    kedainya dekat area luar... berdepan kedai mamak...

    Mulanya....i tengok2 je kedai tu sebelah mata.... sekali tengok.... nampak menarik...

    Siap pasang lagu gwiyomi lagi

    tengok lagi sekali... jeling jeling... nampak sedap!

    datang dekat pulak...tengok harga (RM7.00/6 pcs) not bad la....

    pergi kedai sebelahnya pulak...tapi mata masih di kedai house of mini tu...

    tak tahan nafsu...terus rasa nak beli gak!

    dekat kedai tu ada jual donuts dan cupcake...

    i beli donuts...sebab i rasa mcm lapar je... cupcake tu kecik...tak kenyang...


    Mini Donuts

    Comel2 donuts ne.... tu yang membuatkan i nak beli gak...rasanya pun boleh tahan!

    cupcake pulak i akan beli kemudian...


    ne gambar dekat laman web house of mini

    comelkan!

    so kalau u all nak tengok lg jelas lagi boleh la pergi web dia org ne... kotak dia pun nampak menarik.. boleh dijadikan hadiah

    http://houseofmini.com/

    Deco akuarium mini

    Assalamualaikum...

    Ari tu ada post kata nak beli asesori aquarium mini untuk  ikan laga i... so semalam sanggup i ajak my somi ke bangi untuk shopping deco aquarium yang sejengkal tangan i tu!


    Dari sisi atas

    i beli batu warna warni RM2.00 Sebungkus... tapi i beli sampai 2 bungkus! sebab kedua dua bungkusan batu tu cantik...i tak tahu nak pilih yang mana... (dh mcm rancangan mentor lak i ne) jadi amik semua! aquarium tak sebesar mana pun...guna sebungkus jugak!

    Pokok hidup RM2.00..i pilih yang paling kecik sekali


    Sebelum


    Aaaaaaaaa antik antik (bak kata Ammar) selepas di deco

    ok rasanya tu je asesori yg i boleh bagi dekat ikan laga ne... klu nak letak kayu k rumah k.. kapal karam k... tidak la muat...kena beli banglo pulak...

    Fungsi batu tu sebenarnya selain bagi nampak cantik sebenarnya dia menyorokkan kekotoran like sisa makanan...najis ikan dalam aquarium tu...

    Pokok hidup pulak membantu mengoksigenkan air... dan air akan bersih dalam tempoh yang lama...i like...tak payah setiap minggu nak tukar air.. ikan laga i suka ok main dekat pokok tu...dia duduk dekat celah2 pokok tu... i takut je kalau2 dia tersangkut nnti...take care sungguh!

    i memamg suke dok melanggok tengok ikan ne... setgh jam...1jam pun boleh...rasa sanggat relex.... jom layannnn video ne ngan Ammar



    eh...shuttttttttt diam diammm ikan i tengah tdo tu


    Tdo atas pokok... tapi ammar kata "sayur"

    ayoyoyooooo

    Isnin, 15 Disember 2014

    Familyday

    Assalamualaikum

    Pehhhh penat betul la semalam.... kami ada familyday di weatland... tempat yang selalu kami pergi tuuuu

    macam tidak percaya... pukul 7.45am dah terpacak dekat sana... kononnya urusetia...

    Saja nak bagi Ammar happy main dekat padang


    tengOk muka bangga dapat gun!

    penat i berator dekat badut tu... tapi tak sampai setgh jam belon tu dh meletOp huhuhuhu i yang sedih! ammar relax je.... Ayah Ammar pun tak sempat nak tengok gun ammar...nasib sempat amik gambar huh!


    Beria2 Ammar mintak main gian bubble... nasib baik free...klu kena bayor pokai la.... 

    Semua staf dan pasangan pakai baju ala2 pink gitu...comel kannnnn..


    Macam2 aktiviti ada dekat sini... tapi i tak join pun huhuhu melayan Ammar je pun dh penat sepadang!

    Ada cabutan bertuah...tapi i mmg sllu tak luck pun huhuhu kena mandi bunga la ne..

    makanan lak jangan cakap la....punya la banyak dan best... kalau lapo amik je la... tak de sape nak marah

    Kepala pun dh ting tong sebab kepanasan...Ammar pun pegang semua benda dh tak kena baik la kami balik dlu....

    Sekian...

    Jumaat, 12 Disember 2014

    sweetness BIG bos

    Assalamualaikum...

    Disebabkan tarikh hari ne yang nampak cantik (12.12)...i nk post sesuatu yang soooo sweet


    the BIG selection coklat dari BIG boss

    aiiii tahun depan tak dapat la merasa coklat ne lagi... sebab bos nak pencen dh.. kalau rasa nak beli sendiri coklat ne sila la tempah tiket ke UK ok...

    Terdapat 10 warna dan rasa yang berlainan... dh namanya pun coklat tentu2 la rasanya pun BIG sweet...


    Big Big Thank You Boss.....

    Khamis, 11 Disember 2014

    Big Bad Wolf Book Sale

    Assalamualaikum..... 

     Jom beli buku murah2 dekat MIECC @ THE MINES dah start 5hb lagi sampai 16hb ne... masih sempat bagi yang belum pergi...memamg murah beb... naik juling i nak memilih buku 


    i cari buku untuk ammar je la.... ibu dia dh tak sempat nak membaca dh... (eleh....malas sebenarnya)


    Flash card tu RM10.00... Litter Frog RM8.00... dan buku kucing tu RM6.00

    I sebenarnya geli gelemam ngan katak...tapi disebabkan  Ammar sekarang suke sangat dekat katak! dia panggil "tatak" sejak dia dengar lagu didi and friend yang "lompat si katak lompat" tu... i beli gak la buku mengira katak tu... kalau katak katun tu nampak mcm comel je la kan...cuba tengok katak yang real! eweuuuuuu

    kalau korang nk pergi ke sana untuk mencari buku kanak kanak...dekat kuanter luar tu buku dia i rasa lagi menarik! tapi u all kena masuk gak dulu kaunter dalam baru boleh tembus kaunter luar


    Bila korang nak bayar nanti akan dapat bookmark! setiap hari akan berlainan bookmark.. so korang boleh tahu bila i pergi book sale ne.... cari cari cariiiii

    Selasa, 9 Disember 2014

    Tip Penjagaan Ikan Laga

    Assalamualaikum... 

    hiii...tetiba terbeli lak ikan laga ne....


    Tak tahu la berapa lama hayat ikan ne kalau i yang jaga hehehehe.... i beli ikan ne dekat kampung i ok.. mcm la dkt KL tak ada jual kan! semalam i bawak ikan ne dari Johor ke KL selama 3 jam di dalam kereta... nasib baik masih bernyawa lagi.

    i kalau balik kampung suke pergi pasor Ahad... ala mcm pasor malam biasa tu cuma pasor ne ada di pagi ahad je... kt pasor tu ada jual ikan murah2 beb... tapi kena la banyak bersabar...sebab punya la ramai orang kena beratur panjang...tapi berbaloi-baloiiiii

    kt pasor tu ada la gerai jual ikan cantik2 ne... ammar dh terpaku dh dekat gerai tu... dia tak nak balik! nak tengok ikan! penyudahnya i beli la jugak ikan tok dia... i beli balang kecik je yang ada palang ngan 2 ekor ikan laga warna merah dan biru dan benda wajib makanan ikan tu!

    Penyudahnya bila dekat rumah i je yang terpaku sorang2 dekat balang ikan ne... sampaikan my somi kata "nak goreng ikan laga tu" i sebenarnya tunggu bila ikan ne nak berlaga... tak laga laga pun! tak ada perasaan nak berlaga k????

    Sekarang ne i tak sabar nak g beli hiasan balang tok ikan ne...hehehehe.. nak beli batu2...pokok...kayu...bestnya...

    Tak tentu pasal gak sekarang ne...i kena study dulu mcm mn nak jaga ikan ne...

    ******************************

    PENYEDIAAN BEKAS/BALANG/AQUARIUM IKAN LAGA. 
    Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas. Saiz bekas/balang/aquarium yang sesuai untuk bakal ikan laga sekurang-kurangnya yang bersaiz 2 biji bata. Jika boleh, bekas lebih besar dan luas juga sesuai untuk ikan laga anda. Ini supaya ikan anda boleh berenang bebas kerana di kehidupan liar ikan laga tinggal di sawah padi yang cetek dan luas. Tambah peralatan akuarium jika perlu seperti 'air pump' ataupun penapis. Jgn pilih penapis yang terlalu kuat hal ini kerana akan mengganggu/mengehadkan pergerakan ikan anda. Jika ingin menambah barang-barang perhiasan seperti kayu,pokok palsu pastikan barang-barang tersebut cukup-cukup bersih kerana barang2 perhiasan yang kotor seperti kayu yang masih baru mengandungi bacteria/alga/kulat yang boleh membunuh ikan laga. Pokok air yang hidup memang bagus untuk ikan anda. Ianya lebih cantik dari pokok palsu, dan ikan laga suka bermain,bersembunyi dan tidur di pokok air tersebut. Pokok hidup juga membantu mengoksigenkan air selain memastikan air bersih untuk tempoh yang lama. 

     PENYEDIAAN AIR. 
    Air yang sesuai ikan laga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika anda menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga anda jika ingin segera anda boleh menambahkan sedikit beberapa titis ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga anda. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor/berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga anda kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan anda. Jika bekas/akuarium/balang ikan laga anda tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ikan laga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium. 

    MAKANAN IKAN ANDA. 
    Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas/koi tidak sesuai untuk ikan anda. Makanan brbentuk pelet Microworm Jangan bagi ikan anda makan terlalu banyak kerana ikan laga akan terus makan selagi anda memberinya makan. 8-9 pelet dah memadai untuk ikan anda. Makanan yang tidak dimakan elok diangkat keluar dari akuarium. Makanan lama atau yang dibiarkan boleh mengotorkan air. Makanan yang tidak dimakan elok dikeluarkan segera. Makanan hidup seperti jentik,cacing kering/dried worm juga bagus untuk ikan anda kerana makanan ini lebih selamat dan bebas dari bacteria/parasit Untuk anak ikan anda boleh beri makan microworm ataupun makanan ikan yang ditumbuk halus kerana anak ikan hanya makan makanan yang muat dengan mulutnya 

     BERSIHKAN BEKAS IKAN ANDA. 
    Bersih/cuci bekas ikan laga anda sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga anda dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan anda dengan air panas/suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan laga anda. Pastikan anda tambah ubat anti-klorin jika menggunakan air biasa/paip Pastikan juga air yang ditukar sama suhu dengan air lama, untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut untuk ikan laga anda 

    BERMAIN DENGAN IKAN ANDA. 
    Jgn terlalu mengetuk bekas ikan anda tetapi anda boleh bermain dengannya hanya menggerakkan jari ke seluruh bekas dan melihatnya mengikut jari anda.