Jumaat, 27 April 2012

Check Baby Part 3

Semalam....pergi buat check... apa yang merisaukan saya adalah..

- takut berat badan kurang dan
- takut nak jumpe doctor gigi...

jantung memamg dh berdebar debar dari rumah lagi... Psst....saya dah tak takut kena cucuk jari lagi....hoye....

Sekali bila dicheck.... doctor gigi tak buat apa2 pun dekat gigi saya... tak ada yang kurang mahupun ditambah... memamg dia check saje... cuma kena buat cuci gigi je..tu pun kena tunggu bulan 12... 

bila check berat pulak... berak saya bertambah 1.6kg...maknanya sekarang ne berat saya 52.7kg... seumur idup...ne la pertama tama kalinya berat mencecah 50kg... dulu tak penah lebih dari 48kg! sekali! kena sound plak dgn nurse tu..kata berat saya terlebih...aik pelik betul! ingat kan bagus berat naik... rupanya tak elok pulak..

Bila check bacaan darah pulak... HB saya rendah...huhuhuhu bulan lepas 12.1.. semalam 10.8 huhuhu kena membebel lagi...kata saya tak makan sayur banyak... iye la tu kot.. pas tu dia kata minum air nescafe pun xboleh selalu..tu saya boleh terima la.. rupanya air milo pun tak boleh gak.. huhuhuuhu sedihnya... sedap tu milo sejuk...lebih lebih lagi kalau soh en.suami yang buatkan..emmmmm...

Yang paling best sekali... saya dah boleh dengar denyupan jantung baby... alhamdulillah... tapi melalu alat dia la... mula2 tu... nurse dok scan lama gak dekat perut...dah mula risau la gak.. sebab tak dengar bunyi jantung... lama2 dengar gak...tapi jauh je bunyinya.. sebab usia kandungan baru 17 minggu..

Yang paling tak bestnya....dia bagi saya tambah 1 ubat lagi...huaaaaa tak suke makan ubat... tapi nasib baik la ubat tu chumel je... Alhamdulillah... ne ubat tok tambah darah pulak.. dan dia soh datang 2minggu lagi..maknanya..10.5.2012 (khamis)... 04.05.2012(jumatt) kena datang gak tok scan perut... huhuhuhu perasannn.... tak sabar...dan takuttttt...

My Bornday...

Birthday saya yang ke.... dua puluhhhhhhhhhh... Alhamdulillah... Bersyukur dekat segala rezeki yang Allah berikan... Tak ada apa sangat nak cita pasal "Hari Tua" ku ini... Tapi tetiba teringat pulak detik detik 1st jmpe my suami huahuahuahua... bermula...... 

Menghadirkan diri tok pergi "kursus kecemerlangan kerja" dekat KL je... tido dekat hotel midah je... pada 26 hingga 28 April 2010.. sekali memamg cemerlang ko! sampai terkawen la....

Antara Peserta Kursus..
 
 
My group...


Time last kursus tu...masa penyampaian sijil... cik ratina siap wish bday lagi..pas tu doa kan saya cepat cepat kawen.. sekaliiii ha...aku kawen dengan mber opis ko sendiri hahahaha...

Khamis, 12 April 2012

Fhadilat Mendidik Anak



1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” 
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

******************************

Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya.
Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah… (✿◠‿◠)

Tip Keharmonian

Yang mana satu
Idaman kalbu
Tidak tertahan
Menanggung rindu
Mungkinkah jauh
Berbatu-batu
Atau di balik
Awan yang biru

Tip ne encik suami yang dok tag kat FB saya.... Tapiiii kalau di tengok gambar ne betul2.. keje memasak...jaga anak...membasuh baju...dan mengemas semua gambr suami yang buat hehehe i like


Kalaulah aku
Jadi suami
Masak-memasak
Serah padaku

Kalaulah aku
Jadi suami
Kain baju
Aku cuci

Selasa, 10 April 2012

Setahun sudahhhhh

Hari ini genap dah 1 tahun..permohonan kuaters... mohon dari start bujang ----> dh kawen ----> sampai la sekarang ----> dh mengandung pun... masih tak dapat dapat gak lagi....huaaaaa ("-_-)

Tadi tepon pihak kuaters.. boleh pulak operator tu kata "maaf, sekarang pegawai kami sedang sibuk.. sila hubungi sekali lagi" macam tahu2 je..kita nak serang dia...


tak putus asa...call lagi...dan lagiiiiii

dan....no giliran saya sekarang 170. nape besOr lagi angka tuuuu... bila saya nak dapat kuaters ne??? bila tanya kenapa lama sanggat..dia orang jawab "sekarang kuaters tengah penuh! kuaters baru pun xde" sabar sabar sabarrrrrr ya sabur ya sabur ya saburrrrrrr.......

Ramai gak member2 ajor kelentong... macam macam la ayat dia org bagi.. kata... tuan rumah halau la... cakap mak ayah nak duduk sekali la... tapi..macam xsedap ati je nak kelentong2 ne....emmmm

Harapnya Allah akan memudahkan la segala uruasan hambamu yang penyabar ini...eceh!

Khamis, 5 April 2012

14 Minggu sudah

Alhamdullah...genap dh usia kandungan saya hari ini 14 minggu... (3 bulan lebih). Dan baru saya perasan... baby saya akan meningkat usia setiap hari khamis kalau mengikut Pregnancy Calculator ne... Alhamdulillah.. dan setiap hari khamis hujung bulan saya kena buat check baby.. dan InsyaAllah..due saya pada 04.10.2012 (Khamis) ataupun 05.10.2012 (Jumaat)

Tadi sambil sambil buat keje yang berlambak ne sempat bermsg msg dengan member lama... dia tenggah menunggu masa je untuk melahirkan baby gurl ♥... Harapnya dia dan baby akan selamat semasa proses bersalin nnti..InsyaAllah...


Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram lebih kurang separuh buah pisang. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.

Macam macam rupanya hal ibu mengandung ne... makan itu la pantang ini la.... emmmm member saya kata...dia tak penah alami alahan! cuma alahan malas memasak je... sama la macam saya heeheehe, dia kata dia teringin nak merasa alahan orang mengandung.... huhuhuhu mama sima oi...kan best kalau tak ada alahan... ko pulak teringin... 

So...bila mengandung ne... kena la mulakan balik study membaca apa yang patut, lagi pun baik tok baby gak...  Panduan ibu hamil

Selasa, 3 April 2012

02 April Punya Hal

Semalam..02 April genap setahun tarikh pertunangan kita orang... dan genap gak la umur epal 4 tahun hehehehehe.. Senang nak ingat tarikh tu...sebab sama dengan tarikh b'day anak sedara..


So....semalam...balik dari kerje terus pergi bershopping sakan dkt Valencia.. Tunjuk sana tunjuk sini test duduk sana test duduk sini akhirnya.. kira semuanya....amik ko! RM2495.00 huhuuhuhu shopping barang perabot umah...best bestttttt... lagi best bila barang tu semua dibayar mengunakan duit suami tersayang hehehe...

******************************

Barang yang dishopping... 

Set bilik tidur RM699.00
Tilam setebal 10" RM499
Meja makan RM699.00 
Coffe Table RM199.00 dan 
Meja TV RM299.00
Kos Penghantaran RM100.00


So...sekarang ne..dh tak sabo sabo nak dapat kuaters... sebab barang2 ne semua masih disimpan dikedai..