Rabu, 21 Disember 2011

Sos Keju Jalapeno punya hal

Arahan guna :
Cuma tambah 1 bahagian cheese powder untuk 2 bahagian air panas (> 85 ° C) dan kacau rata sehingga sebati.


Resepi homemade cheezy wedges yg mudah.



basuh bersih kentang n xpayah buang kulit.potong bentuk mcm kat lam pic tu.bentuk wedges.

pastu rebus separuh masak.toskan.

gaul kentang dengan black pepper,serbuk kari n sedikit garam

pukul telur n gaul kan dengan kentang tu

campuran tepung supaya kentang tu rangup
-tepung beras
-jintan manis
-jintan putih
-serbuk kari
-black pepper
-garam

kalau xda sume bahan kat atas tu korang campurkan serbuk kari ngan tepung pon dah ok.

kentang yg di salut ngan tepung tu...n goreng kan je...senang kan

yg penting sekali mesti la sos jalapeno nih...mudah sgt cara penyediaan nya...


Resepi Cheezy Chicken Loaf Tortilla...


resepi ni guna chicken loaf...
tak tau guaner rupa chicken loaf??
takpe2 jangan risau...ni untuk sesapa yang tak tau yek..

Ni lah mendanya...



Bahan2 lain yang diperlukan seperti
Kulit tortilla
coral salad
sedikit hirisan tomato
mayonis
sos cili
dan bahan yang paling penting ialah....
Sos keju jalapeno...

Cara nak menyediakannya..mudah ya amat

First, layur kan seketika kulit tortilla di atas pan supaya kulit tu
jadi lembut sket dan memudahkan kita nak menggulung nanti...

Susun salad di atas kulit tortilla tadi...

taburkan tomato dan letakkan sos cili, mayonis dan juga sos keju jalapeno

Akhir sekali baru lah kita letakkan chicken loaf kita tu diatas
dan gulung kemas2 macam kita gulung popia...


Sebelum dihidang, kita panaskan seketika tortilla kita diatas pan..
dan lepas tu boleh la dipotong serong....
Pastu siap dah boleh dimakan....



Resipi : Popcorn Chicken Tortilla...


Bahan2:

1. Beberapa keping tortilla
( banyak ada jual kat pasaraya, bleh cari kat bahagian jual2 roti tu)
2. Popcorn Chicken AYAMAS
3. Mix Vegie ( salad + tomato)
4. Mayonis
5.Sos keju Jalapeno

yang atas ni guna jenis coral lettuce
beberapa biji cherry tomato di potong dadu..


Cara menyediakan :
1. Firstly goreng popcorn chicken AYAMAS sehingga garing kekuningan

2. 'Layurkan' tortilla di atas pan seketika supaya tortilla agak lembut
dan mudah untuk menggulung..

3. Susun kan segala salad, popcorn chicken serta tomato..jangan letak banyak2 sangat
kang susah plak nak menggulung..

4. Dah siap susun segala bahan2..tuangkan mayonis dan sos keju jalapeno..bole gak tmbh sos cili klau nak..
5. Seterusnya boleh la digulung kulit tortilla tu seperti membuat popia..

pastikan lipatan kita kemas dan hujung tortilla biarkan dibawah
supaya tortilla tak terbuka dan tak la inti kita tu berteraburan keluar..

kemudian panas kan sekali lagi diatas pan seketika..untuk menggaringkan kulit tortilla tu..


Cheezy Tortilla and Nachos



Bahan2 yang diperlukan :
1 peket tortilla
1 peket Nachos 'Chachos' perisa original
100g parmesan cheese
200g popcorn Chicken Ayamas
dan last sekali.....

Sos keju jalapeno..
dan kalau korang suka, bleh letakkan tomato yang dipotong dadu..


Cara menyediakan:
Panaskan seketika tortila diatas non stick pan..

Diatas tortilla yang telah dipanaskan seketika tu, taburkan keju parmesan
diikuti dengan beberapa ketul popcorn chicken dan juga nachos
yang telah dipecah2kan..

Letakkan bahan2 tersebut separuh diatas permukaan tortilla..

letakkan sos keju jalapeno
dan seterusnya

taburkan keju parmesan seberapa banyak yang nak dibahagian atasnya..

Kemudian lipat tortilla tersebut

dan panaskan semula tortilla diatas pan dengan api sederhana besar..


popia sosej berkeju


popia sosej berkeju pastu makan plak dengan sos keju jalapeno..
uishhhh..memang syok habis lah....
makan time panas lagi best sebab kulit popia still rangup...

Kalau nak cuba..teramat la senang..
beli jek apa2 jenis sosej yang ada keju kat blah dalam nya..
then balut jek dengan kulit popia segera...
untuk lekatkan kulit popia, just guna bancuhan tepung jek...
goreng dengan api sederhana...sampai garing kekuningan..
and bila dah masak..picitkan sos keju jalapeno kat blah atasnya..
perrghhhh..memang syahdu lah makan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan