Jumaat, 23 Januari 2015

Qaseh Gold Junior

Assalamualaikum 

hiiiii

Ammar ne susah betul nak makan nasi... kalau makan benda lain tu laju je... siap gelojoh lagi... sedangkan bukan ada sesiapa pun nak rebut makanan dengan dia...

So ayah ammar plan nak beli vitamin untuk tambah selera makan  budak tu

Ada yang kata makan Qaseh Gold Junior ne ok

Bila i check harga dia... mak aiii boleh tahan jugak


RM60.00 (450ml)

i beli ngan stokis boleh COD dapat gift sudu... pink pulak tu... lantak la kan....

i tahu Ammar memamg tak suka makan benda2 macam ne

tapi yang buat rasa nak beli gak tu sebab ia merupakan makanan sunnah

untuk keterangan lagi detail pasal Qaseh Gold Junior ne boleh baca sini

so dapat je semalam ayah ammar dh tak sabo dh nak bagi dekat anak bujang dia tu

Ammar lak bila dh nampak kita tuang Qaseh Gold Junior tu dekat sudu dh lari lintang pukang dh... ingat UBAT!

  
"Ammar jom makan maduuu sedaaaaaaaaap"














"nanak"

"manis la....cuba rasa dulu....mahal neeee"
















huaaaaaaaaaaaaaaaaa tu saje tunjuk sudu je tu dh jd mcm tu!

Penyudahnya bagi campur ngan susu je!

Sekian!

Rabu, 21 Januari 2015

Cara Download Video Youtube

Assalamualaikum

Haaaa nak bagi tahu rahsia mcm mana i download  video dari youtube untuk Ammar

Mula2...kita cari video yang kita nak tengok dekat youtube...

bila dh jmpe video yang berkenan kita copy link video tu yang ada http:// tu


Lepas tu bukak laman web ini dan paste kan di ruang download


Lepas tu pilih pulak MP4 360p


klik ok untuk save


Dah siap!




Luv u

Selasa, 20 Januari 2015

Percubaan Pertama Potty

Assalamualaikum...

hiiiii

Semalam baru kami start ajar Ammar tidak pakai pampes! 

mencabar ok!

i cerita la pengalam pertama i ne

kami start time petang lepas balik keje... dekat umah pengasuh masih pakai pampes lagi

mulanya Ammar sendiri yang tidak mahu pakai pampes... so ok la boleh la start ajar dia.. lagi mmg dh beli potty ujung tahun lepas lagi

kami ajar dia cakap kalau terasa nak terrrrrkencing 

(perbualan antaran ayah dan anak)
" Ayah.... ayahhhh

nak... nakkkk

kencing.... encing!"

ok la tuuuuuu kan

selepas 15 minit i tanya ammar nak kencing tak?

dia kata nak!

i pun bergegas bukak seluar dia ne antar ke bilik air

tapiiiiii tak kencing pun! ok xpe...pakai balik seluar

15minit lagi tanya lagi...."Ammar nak kencing tak?"

"naaaaak!"

pergi lagi bilik air.... 

tak kencing gak pun! emmmmm i tengok dia...dia tengok i balik

k tak apa...sambung main balik

tengah dia syok2 bermain... tetiba i dengar bunyi paip bocor!

"Ammar...nape kencing tak cakap...kan dh ajar tadi...." ok xpe la...

tukar seluar semua...

tak sampai 15minit... Ammar kencing lagiiiii

Ayoyoyoyoyo tukar seluar lagi... banyakknya kencing budak ne!


kualiti gambar bergegar sebab Ammar terlalu bersemangat mengemop kencingnya sendiri

 lepas tu ada la dalam sejam... dia terkencing lagi depan pintu

pehhhhhh.... so tak tahu la bape lama kami boleh bertahan dengan situasi mcm ne... 

tu dia tak terasa nak berak lagi tuuuu...lintang pukang ayah dia lari time tu agaknya

bila nak tdo malam pulak kami pakaikan balik pampes... kalau tak ada kang yang tidur dalam banjir

tok petang ne tak tahu lagi nak test k tak lagi huhuhu!

Sekian...

Dabong, Gua Musang

Assalamualaikum... 

Sabtu Ahad hari tuuuu maksudnya pada (10 hingga 11.01.2015) lama dh kan... my sowi ada join sukarelawan banjir ke kelantan

so layan je la gambar yang sempat di ambil
 

Keadaan Luar Keretapi


Dalam Keretapi
Nampak sesanggat menakutkan.....kan!


Sedih i tengok rumah rumah yang habis musnah ne...


Bayangkan...bila air dh surut... kita pergi semula ke rumah kita... dan tengok keadaan rumah kita  mcm ne...


Tak tahu mcm mana nak terangkan perasaan "tu"...kan...






Dekat sini la tempat mangsa banjir yang tiada tempat tinggal


Tandas yang digunakan

Somi i kata dekat sana semua keperluan harian memamg mencukupi...tapi gas untuk memasak tak cukup...


Ini pulak dekat rumah mertua i....  Sebenarnya dekat bawah tu ada kolam ikan... baru je nak berjinak2 bela ikan... tapiiiii habis dh semua ikan ke sungai tidak dapat diselamatkan...

Tak apa la rezeki orang lain....