Khamis, 17 Julai 2014

Roti Jejari

Assalamualaikum.. 

nampak menarik.... jumpa dekat blog ne..


JEJARI ROTI DIP JAGUNG 
Sumber:Majalah Sedap bil.29,2010 

Bahan Roti
5 keping roti tawar-potong tepinya 
3 sudu makan mentega-di cairkan 

Cara membuatnya 
Sapukan roti dengan mentega cair.
Potong memanjang selebar 1 cm. 
Bakar selama 10 minit dengan suhu 180'C sehingga roti jadi rangup/kering.
Sejukkan sebentar.
 
Bahan Pencelup/dip 
100 gm mayonis 
75 gm krim jagung manis 
30 gm keju cheddar parut 

Cara membuatnya 
 Bahan pencelup/dip di campurkan kesemuanya dan di kacau rata.
Saya tambah 1 sudu teh gula untuk imbangkan rasanya. 

 *Roti bakar ini boleh di simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk bersama pencelupnya jika ingin di makan sejuk.Roti tetap juga rangup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan