Jumaat, 10 Ogos 2012

Terrrrrrlebih rajin

Tarikh : 04.08.2012

YUP! mmg terlebih rajin! cita dah lapok sama lapok dengan kek saya buat ari tu...baru hari ne nak cita.... gini.... hari sabtu lepas...hari tu buat la kek ombak.... Sebab perasaan berombak ombak  tak puas hati.... dulu penah buat kek tu... tapi tak menjadi...

So...ari tu buat la sukatanya sebijik bijik! sekali ko... dapat la 2 buku kek.. banyak la pulak kan... penyudahnya...pagi tadi kek tu dah selamat sampai ke tong sampah huhuhuuhu... sebab dah berlapok!

Kononnya...nak bagi la kat jiran sebelah...kalau sedap! sekali... makan... xsedap pon! hampa... Tuan yang buat kek ne pun cuma mkn 2 potong je...



Warna dia kurang menyerlah sangat la....

Walaupun tak menjadi... tapi nak gak letak resepi membuatnya... sebab orang lain buat jadi je ikut resepi ne...


Bahan2: 
2 cawan tepung gandum-diayak
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula halus
5 biji telur gred A yg disejukkan
 1 sudu besar ovalette
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 + 1/8 cawan susu cair
10 sudu besar mentega cair
 Pewarna

 Cara2 :
- Satukan semua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul sehingga kembang. 
Adunan yang kembang akan bertukar warnanya menjadi hampir putih dan kuantiti nyer juga bertambah. 
- Masukkan mentega cair dan gunakan kaedah kaup balik untuk gaul adunan dengan mentaga sehingga sebati. Kaup balik akan memastikan adunan kekal ringan.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut jumlah warna yang dikehendaki dan warnakan menggunakan pewarna makanan. 
- Minyakkan loyang dengan mentega. Tuang adunan berwarna yang pertama dan ratakan adunan tersebut memenuhi loyang. 
- Ayakkan serbuk koko/milo atas lapisan tersebut hingga menutupi adunan. 
- Masukkan adunan berwarna yang kedua, ratakan dan ayak serbuk koko/milo hingga menutupi lapisan. 
- Ulang sehingga semua adunan telah diratakan di dalam loyang. Lapisan terakhir tidak perlu dilapiskan dengan serbuk koko/milo. 
- Tutup loyang dengan foil aluminium yang telah diminyakkan dengan mentega dan masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 45 - 60 minit atau sehingga masak. 
- Pastikan air kukusan telah mendidih dahulu sebelum mula mengukus dan pastikan api kukusan untuk 30 minit yang pertama adalah kuat. Selepas 30 minit api kukusan boleh dikecilkan sedikit. Kek akan berombak mengikut kuatnya api kukusan. 
- Apabila telah masak. Tutup api, buka foil aluminium dan biarkan dalam loyang pengukus selama 5 minit. 
- Keluarkan dan sejukkan sebelum memotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan