Jumaat, 13 Julai 2012

Sesangggat merisaukan....

Semalam baby genap 28week (7 bulan) dannnn semalam pergi klinik buat check... macam biasalah... HB asik turun naik je.... semalam bacaan HB 10.7...menurun ye kalau 2 minggu lepas 10.9... tu mungkin sebab saya selalu memonteng makan ubat hehehehe.. dan akibatnya... 30.07.2012 ne saya kena amik darah dekat lenggan...huhuhuhuhu takut jarummmm

Hal berat pulak 56kg turun gak tu....2 minggu lepas 56.2KG... yang ne pulak nak bagi alasan... sebab last minit mengganti pose dan sejak menjak ne asik muntah je...

OK! tu tak merisaukan sesangggat... yang lagi merisaukan ialah semalam pergi scan.. doktor kata "uri dekat bawah" dan akan buat scan lagi pada minggu ke 30..kalau masih dekat bawah kena jumpa pakar! huaaaaaa tak mauuuuu....

Ingat tak de la membimbangkan sanggat bila uri dekat bawah ne... ingatkan just tak boleh bersalin normal je.. rupanya macam2 risiko yang menyeramkan boleh berlaku



PERTAMA boleh berlaku pendarahan bila2 masa je...kadang2 tak sedar pun bila berdarah! sebab tak sakit pun!

KEDUA bila berlaku pendarahan takut lambat sampai hospital dan pendarahan semakin banyak.. ini boleh membahayakan nyawa ibu dan baby!

KETIGA kalau darah tak henti2 doktor kena buat operation so risiko baby kurang matang tu ada. kalau lambat takut baby tak boleh nak survive..dannnn kalau pendarahan dah tak boleh terkawal, mungkin ada risiko sampai kena buang rahim! sebenarnya...bukan sebab terlalu banyak darah je... kena buang rahim... kalau uri dah melekat dekat rahim pun doktor terpaksa buang rahim tok selamat kan ibu...

jadinya bagi yang dah 32 week ne yang masih ada masalah uri di bawah... doktor akan tahan kita dekat wad sampai la bersalin! maknaknya kalau saya 09.08.2012 ne genap 32 week!

~Ya Allah...harapnya uriku ne akan beralih ke tempat yang normal... jika dia masih juga di bawah harapnya tak de la perkara yang tidak diingini kan berlaku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan