Khamis, 5 Januari 2012

Mood Aiskrim

Disebabkan chef asyim masih tak putus asa lagi dengan aiskrim kayu manisnya... saya sebagai pembantu chef tolong mengumpulkan resepi2 aiskrim yang agak mudah tok dibuat...

Resepi 1 

Bahan-bahan ( 5 org pun bleh )

1 tin susu pekat (saya wat 1/2 tin jerr)
1 tin air suam
1 sudu makan ovalet
1 biji telur
esen vanila
perisa n pewarna yang anda suka

Cara-cara

masuk semua dalam mixer @ blender dan putar sampai gebu,kembang n pekat likat. Pas leh warnakan @ apa saja ikut suka n simpan dalam esbok. Selepas 3 jam dah leh makan.kalu nak lg best wat malam n sok pagi dah leh makan


Resepi 2
Bahan-bahan

2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
2 cawan coffemate
1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan..

Resepi 3
Bahan-bahan

1. 1 biji telur (tak kesah grade ape)
2. 1 sudu besar ovallet
3. 1/2 tin susu pekat (nak kurang kan pon boleh tapi kalo guna susu pekat yg krimer tak payah la pakai sampai 1/2 tin..manis sangat)
4. 1 tin air suam (pakai tin susu pekat tu sukat air)
5. essen vanila sikit (nak kasi wangi)
6. pewarna/serbuk yang disukai

Cara-cara

1. masukkan telur, ovallet, susu cair, air suam dan essen vanilla ke dalam blender. blend sampai sebati/tepu/betul-betul likat
2. masukkan yang dah di blend tadi ke dalam mixer. letakkan pewarna/serbuk yang disukai. kemudian mixer kan sampai betul-betul sebati.
3. kemudian tuangkan ke dalam mangkuk dan bekukan..selepas itu boleh la makan..

Resepi 4

Bahan-Bahan:


1 kotak Coffemate

1 kotak besar susu UHT Dutch Lady

Cara:

1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.
2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
4) Sejukkan sehingga beku.

Resepi 5 

A) Ice cream Chocolate Chips

Bahan2:
* Coffeemate
* Susu Coklat
* Milo (sket jek..tu pon kalau nak bagi more choclatey) * Chocolate chips

Caranya:
* Sukat 1 mug coffemate and 1 mug susu coklat.
* Masukkan dua-dua tu dalam blender korang, letakkan sedikit milo. Then blendkan..
* Masukkan dalam bekas and letak dalam freezer. * Sebelum dier keras betul, keluarkan and masuk balik dalam blender and campak kan chocolate chips sebanyak yg korang nak..then blend. Masuk bekas, letak balik dalam freezer..siap

B) Ice cream vanilla.

Bahan2:
* Coffeemate
* Susu segar (aku pakai low fat) * Esen vanila

caranya :
follow seperti di resepi (A)


C) Ice cream oreo.

Bahan2:
* Coffeemate
* Susu segar (aku pakai low fat)
* Esen vanila * Biskut Oreo

Caranya:
Caranya sebijik sama macam wat choco chips ice cream tu, tapi last lps blend tu letak oreo dipatah kecik2 tak halus..kasi besh lagi terasa oreonya..

suggestion : just beli je perisa2 kat kedai2 ..nak wat pandan ke, keladi ke..ikut citarasa masing2.. jangan lupe letak pewarna gak..kalau wat ice cream keladi tu ke..kang tak comel plak rupanya warna putih jek..kalau korang nak buat yg perisa2 ni just pakai susu putih and make sure letak perisa ni cukup2 (pepandai la rasa kay..) sebab kalau tak, rasa susu tu jadik kuat sgt rasanya..

Resepi 6 - Ais Krim Goreng


Tiada ulasan:

Catat Ulasan