Isnin, 30 Januari 2012

Tebus menebus!

Yup! boucer yang ada haruslah digunakan dengan segera! tak boleh sabo nak tunggu lama lagi walaupaun tarikh luputnya tahun depan....



Jumlah semua barang ne RM99.40... terbaikkkkk

Hasil yang berjaya dicekut.... sampai gelap la parkson tu dikerjakan..baru geti nak berator bayar...
Tinggal nak serang JUSCO je pulak...

Khamis, 19 Januari 2012

Mood Macarons

Tetiba pagi ne teringgat dekat awen...terus pergi cari dia dekat FB..dan baru hari ne nk jadi friend dia..hampeh! tu pun sebab tetiba teringin nak tahu apa cecita kedai kek dia...


sekali tengok...muka dia dh masukkkk majalah remaja edisi 15 januari tuuuuuu


Cuba mengebil gebilkan biji mata tok tiru resepi dia


 Lawa dah kedai dia...ari tu pergi tengok...kosong lagi... siap buat perasmian acara kopak pintu lagi!


Tok dijual....


Macarons yang dia hadiahkan time wedding... memamg sedap..tak manis sanggat..

Hadiah Misteri...

Akhirnya semalam....terbongkar dah segala misteri yang selubung diri selama 3 hari ne! boleh la pergi shoppinggggg.... suami tercayang nak beli mixer hehehehehe


Tidak lagi misteri

Selasa, 17 Januari 2012

Anniversary 4

Tak tahu la...masih kategori  pengatin baru ataupun dah jadi pengantin lama hehehehe... Bila dah kawen ne..baru la rasa apa yang mak rasa huhuuhu... dan tertiru perangan mak! Sekarang ne dah mula sakit sakit pinggang... tulang pun dh berbunyi bunyi macam nak rapuh huhhuhuhu dh kena start minum susu ne




Paksa diri bangun awal pagi buat sarapan (walaupun kadang2 je masak)

Kena buat plan nak masak apa (walaupun tak geti masak)

Mengemas rumah agar nampak rumahku syurgaku

Sayang nak buang makanan...jadinya..simpan je dalam aisbox... sampai terlupa (like mother like son)

ataupun paksa diri tok habiskan makan (selalunya suami tersayang je yg tolong habiskan)

Rajinkan diri iron baju ( mak pun tak suke iron baju...selalu saya yang kena ironkan)

Lipat baju bila dah bertimbun timbun

Simpan bag plastik..jangan buang

Simpan surat khabar...jangan buang gak! jimat....

Kena buat time table secara maya 

Membebel (tu wajib) hehehehehe


Semalam dah dapat gaji...dan terus menghabis duit yang ada hehehee.. makan pizza.. sanggat sedap! time tu memang tengah kebulur sanggat...


Saya makan sampai 4 pcs...


Dan pagi ne...jem yang luar biasa..selalu tak penah pun jadi macam ne... rupanya ada keto rosak

Isnin, 16 Januari 2012

Pre-honeymoon

Jumaat lepas...13hb sampai 15hb reramai pergi PD tok retreat ICT... best best bestttt.. en.suami dipaksa pergi gak! disebabkan tak pergi2 honeymoon lagi...kira ne pre la kan... OTW ke PD hujan selebat lebatnya....alhamdulillah semua selamat sampai...


Sampai2 je memamg tak sabo sanggat nak masuk bilik... sebab menahan kencing huhuuhuhuuhu


Sampai je bilik...dok bereput toilet dgn hubby... sekali...salur toilet tersumbat la pulak... spoi betul!


Bilik Study


My hubby giler teh tarik... so dari umah lagi dh tya dia....nk bawak k serbuk teh tu..jak...susu...sudu...ngan penebuk susu tu join kita pergi PD... dia kata ok! sekali samapi2 PD terlupa bawah serbuk teh la pulak! huhuuhuhu nasib baik hotel ada bg teh uncang.. selamat.....hehehehehe


 Teh penyelamat hehehehe


view dari bilik...


Jumaat malam...mulanya..taklimat bla bla bla...yang buat ku dibuai mimpi


Mata mula segar bila dapat gift yang best hehehehe (0_0)


gegegeeeeeee


Sabtu petang ada aktiviti sukaneka pulak... My asyim suami tersayang dipaksa join... ne la dia...game yang menjadi tumpuan ramai

 
Lawan pemadam hahahahaha... berjaya peringkat pertama... mara ke peringkat separuh akhir


Dan peringkat separuh akhir...kecundang... rugi betul!


Habis game...kita org pun menawaf la 1 hotel ne... mcm zoo.. ada arnab, kura-kura.. ngan drogen fish yang mmg besor giler


Menikmati pantai sambil makan aiskrim!


pas tu... tengok ala-ala sunset... konon konon mcm romantik la..... uweeek!


kalau dh sampai pantai ne....tak sah la kan koman koman pun kena basah kan kaki


Dan malam tu....acara makan sampai tercekek


Suami tersayang makan samapi 3 pinggan


Yang ne pinggan saya... mmg puas ati sangggat tang makanan dia... sedap sedap


Dan pencuci mulut... ada tambahan lagi kek birthday.. tak sempat nk snap dh habis heheheheh...


Dan dalam acara cabutan bertuah...saya dapat hadiah misteriiiiii huhuhuhu mengapakan bergitu???? buat rasa tak sabo sabo je nak tahu... hadiah akan dapat rabu ne... nape la lambat sanggat..wt tak lena tidur malam je...


Dan hari last....jadi isteri solehahahaha hidang sarapan wt suami...


Sebelum balik jalan jalan dulu sekitar PD...






layan ABC sambil skodeng skodeng orang mandi

Jumaat, 13 Januari 2012

Maksud Bacaan dalam solat


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.





Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Rahsia Solat:

Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Khamis, 12 Januari 2012

No idea...

Disebabkan tarikh hari ne nampak macam best...walaupun tak ada cita.. paksa kan diri tok update blog gak.... Kt opis ari ne kucar kacir nampaknya... semua sibuk membuat persiapan tok pergi retrik ke PD esok....


2 beradik ne dah lupa diri ataupun...lupa jalan pulang kot.. pergi rumah jiran tak geti geti nak balik semula...yela...jiran tu bagi makan wiskes...umah sini bagi makan nasi campur je...

Rabu, 11 Januari 2012

Our Wedding ~ DIY Kad kawen

Niat hati kononnya...nak buat kelainan... nak DIY kad sendiri,,, tapi asik kena reject je huhuhuuhu



Penyudahnya....order kt kedai je....habis cita!

Our Wedding ~ Final Jeram


Tiba la harinya...24.09.2011 (sabtu)


Family dari chaah sampai dalam kol 3.00PM huhuuuhuhu...12 keta semuanya...mau taknya lambat...sesat! time tu tetamu pun dh tak ramai...




Rasa xcukup je air segelas tu nak kongsi 2 orang... tambah segelas lagi boleh?????



Dah tak sabo nak makan...




Terima kasih bebanyak dekat sedara mara dan orang desa dari chaah yang sudi datang...


Pulut kuning


Ayam gajah


Walaupun menunggu lama...nasib baik  make-up tak cair lagi.... Tudung tu saya beli sendiri... xmau guna yang andam punya... sebab...saya ne kan kecerewetan sedikit... bila jumpa warna yang sesuai... terus pergi kaunter nak bayar cepat cepat... jurujual tu kata RM20.00... tersanggat la terkejut OK! rasanya mulut ne mcm terlopong kejap...  tempat lain.. cuma RM10.00 jeeeee... so..terpaksa bayar jugak la... 


Bila habis je majlis apa lagi...memamg tak sabo la nak bukak hadiah....Walaupun hadiah tak banyak...tapi hadiahnya semua best2....