Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa..Maaf Zahir & Batin



Alhamdullilah....Allah panjangkan usiaku...dapat menyambut puasa tahun ne..01.08.2011 bersamaan 01 Ramadan 1432 H

Pagi tadi bangun sahur pukul 5.05am..rasanya mula2 puasa je ne bagun awal..emmm..sempat la masak nasi dgn panas kn lauk ptg semalam..(sadin sedap heehe) kuwa umah kol 6.45am punya la gelap.. rupanya dh ramai yang berator tunggu bas..

Tahun ne berazam nak ganti puasa cepat2 huhuhu xmau dh ganti puasa last minit

Jika ada LANGKAH yang menoreh hati,
ada TINGKAH membekas luka,
ada LISAN yang tidak terjaga,
ada JANJI tidak tertunai,
ada hati BERPERANGSANGKA serta ucapan DUSTA
mohon DIMAAFKAN dunia akhirat

Niat Puasa

Doa Berbuka Puasa

Doa Selepas Solat
Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan