Jumaat, 29 Julai 2011

49 Hari Je Lagi!!



Tinggal sebulan lebih je lagi... kenapa la cepat sangat masa neee??? banyak benda yang tak siap siap lagi..huaaaaa.. jantung pun dh start degup laju laju..kaki pun dh mula nak keto keto je ne..

~ Ya Allah..permudahkan la urusan kami..amin ~

Tanggungjawab Suami

1. Menyediakan mahar untuk isteri.

2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.

3. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.

4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.

5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.

6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal ibadat dalam fardu ain.

7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan maruahnya.


Tanggungjawab Isteri

1. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.

2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.

3. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.

4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.

5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.

6. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.


Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri

1. Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.

2. Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.

3. Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.

4. Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua­-dua belah pihak.

5. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

6. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan