Jumaat, 29 Julai 2011

E-day



02 April 2011 bersamaan 28 R'Akhir 1432 H

Majlis bertunangan yang sangggat sangat la sempoi dan mengejut kan semua orang.... klu orang lain tengok gambar ne mesti dia orang kata "simplenyaaaa" mau taknya tunang xpress.. Niat asalnya bukan la nk wt majlis tunang..hanya sekadar Majlis Hantar Tanda sahaja... tapi lain plak jadinya..

01.04.2011 (Jumaat)
Sampai umah je tengok2 mak dh sedia kn barang hantaran. Terkejut berok la gak.. sbb tak plan pun nk bagi2 barang ne.. (bertuah punya budak) start tu dh pening..ayoyooo..

1. Sejadah (mak lipat sendiri)
2. Kain pelikat (mak gak wt sendiri..bentuk bunga)
3. Lengkong laici (mak buat)
4. Kek asim manis (mak buat)
5. Kek mak cik bagi
6. Buahan *apple + jambu tanam sendiri
7. Sirih junjung pun ada..(ne mak ngah + mak cik punya keje)


Mak Ngah dengan Mak Cik yang tambah2 hias barang hantaran ne..habis togel dia org keje kn bunga2 orkid dgn bunga rose mak heee

Bertema kan warna merah disebabkan secara kebetulan warna apple, sejadah, kain pelikat warna merah...dan tak sengaja pulak..menggunakan bakul2 yang sedia ada dekat umah tu pun warna merah gak.. dannnn baju kurung moden yang dipakai itu pun warna merah gak..


kain baju tu dh lama sanggat beli tahun 2010 lg..pergi beli dgn member dkt jalan tar.. Time nk jait baju tuu boleh lak kain baju tu hilang dekat umah tak tahu simpan mana.. puas cari tak jmpe2 gak.. dh start sedih dh..sbb rasa baju tu cantik sanggat..takut kena makan dgn cik ti je.. entah mcm mn..awal tahun 2011 baru jmpe kain tu..terus je anto soh member jait kn... Tak sangka pulak baju yang dibeli tahun 2010 ne akan jadi baju Majlis Tunang dan secara tak sengaja leh tersama warna tema...

Orang akan kata "nape tak pakai baju yang mcm ala2 pengantin tu?"
sebab pertamanya..tak rancang pun tok nk wt Majlis Tunang.. dan sebab lainya..mmg tak nak pun baju mcm nk kawen tu.. beli mahal2 tapi pakai sekali je...emmm membazir je...baik beli baju yang leh pakai banyak kali..

Orang akan kata "nape tak hias bilik lawa2?"
sebab tak rancang pun nk wt majlis tunang kn dh bg tahu td..dan mmg tak terpikir pun nk kemas bilik lawo2 ingat nnti duduk luar je.. sekali..amik ko! sampai ke bilik perginya...

Orang akan kata "ko bagi jambu?"
sebab... warna apple merah tu tak naik.. dh bakul pun hias wrna merah gak..jadi nk bagi naik niat nk letak apple hijau sikit..tapi tak sempat beli plak..jambu pun boleh la.. janji hijau..hehehe

02.04.2011 (Sabtu)
Ingatkan ahli keluarga je yang datang..rupanya..jiran2 sebelah umah pun datang..segan la gak.. Ayah jemput tok iman sekali..time tu kt masjid (nk Solat Zohor) sekali tok iman bg tahu lak kt org lain..jdnya ayah pun  menjemput dia org sekali.. 




Time majlis ne En.tunang ada msg..

"Ayok..adik perempuan sy ckp td phak pmpuan nk trus tunang..haha..cincin bwak yg blah rotan tu jek...kahkahkah" 3.15PM

Daku yang dlm bilik ne dh ketor2 dh.. risau gak klu time nk sarung cincin nnti jari mengigil2..wt malu jeee

"xyah ketor2 yek..cnfirm dh tunang..yahoo" 3.24PM


Hantaran dari belah lelaki..


Tarikh ditetapkan 17.09.2011 hari berlangsungnya perkahwinan.. bagus gak pilih tarikh tu.. sebab 16.09.2011 Hari Malaysia.. jadi senang la nk ingat tarikh anniversary nnti..dan belah lelaki pulak 24.09.2011


Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.....


Habis je majlis terus sambut birthday epal..dia xpaham apa pun lg..

03.04.2011 (Ahad)
Balik putrajaya...dan terus deman yang agak dasyat..demam terkejut!!


49 Hari Je Lagi!!



Tinggal sebulan lebih je lagi... kenapa la cepat sangat masa neee??? banyak benda yang tak siap siap lagi..huaaaaa.. jantung pun dh start degup laju laju..kaki pun dh mula nak keto keto je ne..

~ Ya Allah..permudahkan la urusan kami..amin ~

Tanggungjawab Suami

1. Menyediakan mahar untuk isteri.

2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.

3. Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.

4. Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.

5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.

6. Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal-soal ibadat dalam fardu ain.

7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan maruahnya.


Tanggungjawab Isteri

1. Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.

2. Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.

3. Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan sempurna.

4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke dalam rumah.

5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.

6. Merendahkan suara apabila berkata-kata dengan suami.


Hak Dan Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri

1. Bersifat amanah. Suami isteri hendaklah saling mempercayai dan tidak boleh khianat mengkhianati.

2. Berkasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain.

3. Berakhlak dan bersopan santun, lemah lembut dalam pergaulan, saling menghargai dan menghormati.

4. Suami isteri berkewajipan memelihara hubungan baik antara ibu bapa serta ahli keluarga kedua­-dua belah pihak.

5. Memberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

6. Mempertahan dan memperkukuhkan kerukunan rumahtangga.


Doa Kite

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

amin...