Isnin, 30 Disember 2013

DIY Puff

Assalamualaikum... 

Akhirnya adik ipar i menamatkan zaman bujangnya tahun ne.... dia nikah 28.12.2013... so i sebagai "kak long" sponsor la 1 hantaran tok dia.... hehehehe jadila...dari tak de kan....

pikir punya pikir..... i plant nak bagi puff swan dan basket yang giler cute dan marvelous!


cute photo booth

Photo booth ne i nak buat hiasan dekat my cute puff.... i dapat idea ne last minit sebelum i balik kampung.... klu u all nk buat...guna kertas stiker... lagi memudahkan kerja! yang i buat ne guna kertas biasa je..pas tu dok terhegeh2 tampal guna double sided lak...

untuk puff pulak....i suruh adik ipar akk i yang buatkan aka chef awin.... kalau u all nak bermuka buku dgn dia pun boleh.... ala...sebelum ne i penah order cupcake Ammar ngan dia dulu tu... dia buat memamg sedap la....

i mintak dia jangan letak krim puff tu dulu... sebab i takut nanti puff i rosak bila sampai kampung... kang i kena marah dengan pengantin sob sob sobbbbb


leher swan + tangkai basket + puff swan + puff Basket + krim

adik2 ipar i semua tak sabor nak tunggu i buat DIY puff ne... membuatkan i lak rasa gabra mengalahkan orang nak nikah...

Lepas je i makan t.ari dan solah zohor... terus i menjalankan misi i yang dinanti nanti kan tu.... atas usaha jaya i.... akhirnya menjadi gak puff cute miut i ne...


yang ada manik warna warni tu...puff basket




puff swan..

adik ipar i yg nurse tu siap tambah mata lagi dekat swan tu... dia cuma tambahkan pewarna merah + krim....

sanggat cute....i like....

tapi majlis nikahnya selepas Asar.... jeng jeng jenggggg

Nasib baik la...kawin ngan orang dekat2 je.... Pernikahannya buat dekat majlis... so my cute puff dok diam2 dlm keta... bila selesai nikah... baru hantar hantaran dekat umah pengantin perempuan....

sampai dekat umah pengantin perempuan.... my cute puff dah tak cute lagi... semua swan i dh tdo! tdo gaya lasak pulak tu....huhuhuhuhuhuhu sedih ada....malu pun ada gak....tak suke....... rasa nak menyorok je.... (T_T)

Bila hantaran dh diserahkan ke belah perempuan..... dia orang kata....








"eh.........."











"comelnyaaaaaaa puff swan ne...."


hahahahaha i like.... yang buat i lagi senang hati tu...dia orang masih kenal lagi tu bentuk swan! hahahaha terus berselara i nak makan..... bangga kejap! kembang kempis idung dibuatnya....

i tak de gambar pernikahan adik ipar i....sowi la ye... i cuma ada gambar puff je hehehehehe

bye.....

Khamis, 26 Disember 2013

Lempeng Moden

Assalamualaikum... 

 Semalam i asik ingat hari sabtu je.... panng pang panggggg! bila hari2 cuti ne i mmg rajin masak untuk sarapan! kira wajib masak la.... tapi masak untuk tengahari tersanggat la malas...why why why.......

i teruja nak buat pancake... i tak penah pun buat pancake... so semlm i try buat pancake.... i sanggup beli kuali non stick yang tesanggat la cutenya... sebab...ada sudip rupa telur pecah tu.. cute kannnnn


i blend je setengah tepung pancake + 1 sudu minyak masak + 1 biji telur + 160ml air...


Siap!...

tapi xde la gebu mcm dekat kotak tepung tu.... sebabnya i nak bagi pancake tu nampak banyak hehehehehe dasar kedekut!

untuk saiz yang kempis kempis ne dapat la 8pcs....

Selasa, 24 Disember 2013

lunch box

Assalamualaikum...

Seronoknya.....esok cuti! kan best klu tiap2 minggu mcm ne... kan kan kannnnn

Pagi ne i tak sabar nak buat makanan ammar dan i tumpang sekaki gak la semata mata nak guna lunch box yang giler cute ne!


Hijau untuk my litter zombi and pink untuk i la....

 Menu : nasi goreng fish ball / roti garlic / tembikai susu....

untuk nasi goreng tu i cuma letak bawang putih + ikan bilis ditumbuk... ditumis menggunakan butter.. campakkan sekali bawang holland dan fish ball...pastu masukkan nasi...daun sawi sket...dan garam secubit...siap!

Roti garlic tu pulak...cuma tumbukkan bawang putih dan dipukul pukul bersama telur dan tambah sikit garam.... celopkan roti dan goreng...siap!

i rasa mcm nak buli je my litter zombi tu mcm kt bawah ne...


hehehe....siap la esok...ammar kena buli ngan i....

Isnin, 23 Disember 2013

15 Bulan

Assalamualaikum... 

 hi... Ammar dh belated  1 tahun 3 bulan 15hb ari tu hehehe...

yang lagi buat i happy... Ammar dh pandai berjalan.... lega i rasa... 

yang membuatkan ammar betul2 bersemangat nak berjalan tu sebab my family datang 14hb (sabtu) so sepupu sepupu ammar yang riuh rendah tu ada ikut sekali... mau taknya... dok panjat syiling la... bergayut dekat langsir la....(tipuuuu je...) tu agaknya dia tengok sepupu dia berlari sana berlari sini tu yang rasa nak join gak...

terus..16hb tu i tengok dia nak berjalan sendiri syukur alhandulillah... anak sedara i yang sulung kata Ammar jalan mcm zombi! cit! kurang asam punya anak sedara!....

Soknya i ada appt checkup ammar... i risau la klu nurse tu tya anak dh pandai jalan ke belum....so sekarang i boleh la jwp dgn banggganya...."anak saya dh boleh berjalan ok!"


masih terhuyung hayang...

i penah cakap dekat ammar "kalau ammar pandai jalan nanti ayah belikan basikal" so sekarang misi mencari basikal yang nampak macho dan murah! hahaha


Macaroni sup

i sekarang dh start bg ammar makan sendiri... emmm mmg melekit2 la umah dikerjakan... sabo sabooooo. tak cukup tangan kanan...tangan kiri pun guna gak wt suap makanan... tak pe la... ammar tak cebok berak lagi...hehehe


i cuma bagi sikit je la dekat Ammar.... yang banyaknya i suapkan... ne pun salah satu cara bagi ammar dok diam diam!.... kalau tak 1 umah i kena kejo dia tok 1 suap! mcm mn la i ne nak gemOk!


Tembikai Susu untuk Ammar

baru2 ne i pergi daiso... dok mengatal beli acuan bunga2 ne... ala... selalu tengok dekat tv orang masak2 guna acuan dekat lobak ngan kentang... i pun nak gak! walaupun i tak suke masak! hehe

dan ne pulak tembikai susu untuk i














jangan membazir! amalan syaiton! makan je...!

Khamis, 12 Disember 2013

10 Tip Dari Dr. Sherine

Assalamualaikum

hi u all....

i nak kongsi tip yang tersanggat la menarik..... i copy and paste dari blog Adli Rajiah yang boleh dijadikan rujukan bersama...

 Sesuai untuk kanak kanak berusia 0 - 3 tahun!

 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 
 Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak. 
 
* klu ajak ammar berjalan sendiri dekat luar...dia akan rasa dulu baru jalan like "touch n go" la.. contohnya....ajak jalan dekat jln bertar...ammar akan rasa dulu jln tu ngan tangan dia baru la dia jalan... pas tu dok berjalan tersenget2...(biasa la budak baru belajar kan) sampai pulak dekat rumput dia kan sentuh lak rumput tu...jalan lagi tersenget2 sampai pulak dekat pasir... dia akan touch gak pasir tu...bergitu la seterusnya....bila mau sampai tu tak tahu la....*

 2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc
  Dr.Sherine kata "Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time." "Never leave the child and ipad alone. Watch with him. 

Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching." "It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching." 

 * ayoyo yang ne rasanya i selalu bagi ammar tgk video dkt hp lebih dari 10 minit! i akan bagi dia tengok video tok lekakan dia time bagi makan... yang bagusnya ammar tak jemu2 tengok video dia sendiri! hehehe *

 menurut Dr Sherine: Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.
 How? 
Bawak keluar rumah. Look around. 
Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. 
Bawah, tunjuk grass, 
tunjuk cat, 
tunjuk flowers. 

Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. 
Pastu flash huruf B kat bawah pulak. 
Pastu flash huruf C sebelah kiri,
 huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya. 

Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik.

3) Stimulate their imitation skills. 
 Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands.

Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development. 

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni: Say a word, dan suruh anak ulang. Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru. Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru. Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut. Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi. Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat. Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

* sllunya...bila ammar dance...ayahnya akan tiru gaya dance ammar huhuhuhu *

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

 * yang ini i tersangggat la suke mendengarnya.... sbb ammar dh 1 tahun 3 bulan masih suke merangkak lagi *

 4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
 Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain. Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.

 5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. 
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan "That is elephant!" atau "Wow u see that big elephant?" Camtu. 

 Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh, "Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird." Avoid guna perkataan "The This That And With etc". 

Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird." Camtu. Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively. 

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh, "Eat." bukan "Come and eat." atau "U must eat." "Sit." bukan "Come and sit beside Mama" atau, "Sit and keep quiet." Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence. 

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5.
 Avoid salam, hug or kiss. Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia. So macam fobia camtu la kan. Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. 

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

* emmmmmm baru perasan ada bagusnya jugak hi-5 ne.... ammar mmg xgeti salam sanggat... klu dtg moodnya dia akan sambut tangan kita dan terus gigit! klu soh wt hi-5 lak dia akan tepuk tangan kita banyak banyak kali! *

 7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah. 
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah. Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan. Kalau anak kau baring, kau pon kena baring. Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..- 

* sllunya kalu kita marah ammar...dia akan gelakkan kita balik *

8) Overly-attached to one person is not a good sign. 
 Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members. 

* ok yang ini "family members" ammar kena amik masa sekit tok rapat ngan orang... tapi kurang dari 24jam la.... *

9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Gitu. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong. 

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. 
 Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak. 

 Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Haikal menangis?" Tapi Haikal diam je, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam "Haikal jatuh?" "Haikal sakit perut?" "Haikal nak ikut papa pergi kerja?" "Haikal bosan?" Itu contoh. 

Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang. 

Isnin, 9 Disember 2013

Si Boootak

Assalamualkum...

hi u all... dh lama kan i tak membelogkan huhuhu

punya la sibOk...... rasa mcm nk demam dh! huhuhuh sampai tak sempat nak menaip pun...

 ok ok i nak cerita semua pasal budak botak sorang ne...

Ini cerita selepas majlis wedding my sis.

yang pertama.... 

nak bagi tahu... Ammar dh boleh jalan... yeh....eh, syukur..... dia mula beria nak berjalan bila tengok naurah aka sepupu yang sebaya dia tu dh belajar bejalan... so tergugat la keegoan member ne... terus nak belajor jalan gak....


Naurah kalau berjalan mcm burung... Ammar la gaya dia mcm "gangnam style" huhuhu xpela... janji nak berjalan... punya la Ammar ne nak tunjuk hero gak..rajin betul belajor jalan dekat kampung... tapi bila dh balik semula ke umah... malas balik nak belajar jalan... sedih i! dia tak de member kot!

yang keduanya.... mainan baru ammar.... 

punya la dia suke dekat mainan tu... dok asik ajak pergi peti ais je sebab nak main benda alah ne... yang lagi bestnya... i boleh memasak dengan tenang sikit hehehehe
 

dapat free bila beli susu anmum! selalunya i pening bila susu ammar habis... "duit duit duit di mana ko duit" ....... susu dia yang 1.2kg tu cuma boleh tahan paling lama pun seminggu je.... tapi sekarang i tak sabo nak tunggu susu tu habis sebab nak kumpul mainan ne hehehehehe (rasanya mcm i je yang over dekat mainan tu) sekarang baru dapat kumpul 3... tinggal 1 je lagi...

Yang ketiga.... chef Ammar...

dok melalak lalak minta didukung! pastu pandai lak tunjuk arah dapur... maksudnya ajak kita pergi sana... dh sampai dapur...tunjuk pulak apa yang dia nak...


agak agak tunjuk apa? teka teka.......


1




2





3



Dia nak lesong ok!


ini la dia benda yang dia nak sesanggat tu.... i bagi dia lesong mainan dia xmau! nak gak lesong yang berat gedabak ne... nak jadi tukang masak agaknya.... bagus gak... senang i nanti...main order je....


Yang keempat ..... Allah hu akbar

Walaupun salah arah kiblat tapi tak pe la...hehehehehe. Bila kita bentang je sejadah sebut "Allah hu akbar" Ammar akan sujud... tapi cara sujud ammar terbaring mcm tu la...


"semoga Ammar menjadi anak yang soleh...aminnnnn"