Isnin, 30 Disember 2013

DIY Puff

Assalamualaikum... 

Akhirnya adik ipar i menamatkan zaman bujangnya tahun ne.... dia nikah 28.12.2013... so i sebagai "kak long" sponsor la 1 hantaran tok dia.... hehehehe jadila...dari tak de kan....

pikir punya pikir..... i plant nak bagi puff swan dan basket yang giler cute dan marvelous!


cute photo booth

Photo booth ne i nak buat hiasan dekat my cute puff.... i dapat idea ne last minit sebelum i balik kampung.... klu u all nk buat...guna kertas stiker... lagi memudahkan kerja! yang i buat ne guna kertas biasa je..pas tu dok terhegeh2 tampal guna double sided lak...

untuk puff pulak....i suruh adik ipar akk i yang buatkan aka chef awin.... kalau u all nak bermuka buku dgn dia pun boleh.... ala...sebelum ne i penah order cupcake Ammar ngan dia dulu tu... dia buat memamg sedap la....

i mintak dia jangan letak krim puff tu dulu... sebab i takut nanti puff i rosak bila sampai kampung... kang i kena marah dengan pengantin sob sob sobbbbb


leher swan + tangkai basket + puff swan + puff Basket + krim

adik2 ipar i semua tak sabor nak tunggu i buat DIY puff ne... membuatkan i lak rasa gabra mengalahkan orang nak nikah...

Lepas je i makan t.ari dan solah zohor... terus i menjalankan misi i yang dinanti nanti kan tu.... atas usaha jaya i.... akhirnya menjadi gak puff cute miut i ne...


yang ada manik warna warni tu...puff basket




puff swan..

adik ipar i yg nurse tu siap tambah mata lagi dekat swan tu... dia cuma tambahkan pewarna merah + krim....

sanggat cute....i like....

tapi majlis nikahnya selepas Asar.... jeng jeng jenggggg

Nasib baik la...kawin ngan orang dekat2 je.... Pernikahannya buat dekat majlis... so my cute puff dok diam2 dlm keta... bila selesai nikah... baru hantar hantaran dekat umah pengantin perempuan....

sampai dekat umah pengantin perempuan.... my cute puff dah tak cute lagi... semua swan i dh tdo! tdo gaya lasak pulak tu....huhuhuhuhuhuhu sedih ada....malu pun ada gak....tak suke....... rasa nak menyorok je.... (T_T)

Bila hantaran dh diserahkan ke belah perempuan..... dia orang kata....








"eh.........."











"comelnyaaaaaaa puff swan ne...."


hahahahaha i like.... yang buat i lagi senang hati tu...dia orang masih kenal lagi tu bentuk swan! hahahaha terus berselara i nak makan..... bangga kejap! kembang kempis idung dibuatnya....

i tak de gambar pernikahan adik ipar i....sowi la ye... i cuma ada gambar puff je hehehehehe

bye.....

Khamis, 26 Disember 2013

Lempeng Moden

Assalamualaikum... 

 Semalam i asik ingat hari sabtu je.... panng pang panggggg! bila hari2 cuti ne i mmg rajin masak untuk sarapan! kira wajib masak la.... tapi masak untuk tengahari tersanggat la malas...why why why.......

i teruja nak buat pancake... i tak penah pun buat pancake... so semlm i try buat pancake.... i sanggup beli kuali non stick yang tesanggat la cutenya... sebab...ada sudip rupa telur pecah tu.. cute kannnnn


i blend je setengah tepung pancake + 1 sudu minyak masak + 1 biji telur + 160ml air...


Siap!...

tapi xde la gebu mcm dekat kotak tepung tu.... sebabnya i nak bagi pancake tu nampak banyak hehehehehe dasar kedekut!

untuk saiz yang kempis kempis ne dapat la 8pcs....

Selasa, 24 Disember 2013

lunch box

Assalamualaikum...

Seronoknya.....esok cuti! kan best klu tiap2 minggu mcm ne... kan kan kannnnn

Pagi ne i tak sabar nak buat makanan ammar dan i tumpang sekaki gak la semata mata nak guna lunch box yang giler cute ne!


Hijau untuk my litter zombi and pink untuk i la....

 Menu : nasi goreng fish ball / roti garlic / tembikai susu....

untuk nasi goreng tu i cuma letak bawang putih + ikan bilis ditumbuk... ditumis menggunakan butter.. campakkan sekali bawang holland dan fish ball...pastu masukkan nasi...daun sawi sket...dan garam secubit...siap!

Roti garlic tu pulak...cuma tumbukkan bawang putih dan dipukul pukul bersama telur dan tambah sikit garam.... celopkan roti dan goreng...siap!

i rasa mcm nak buli je my litter zombi tu mcm kt bawah ne...


hehehe....siap la esok...ammar kena buli ngan i....

Isnin, 23 Disember 2013

15 Bulan

Assalamualaikum... 

 hi... Ammar dh belated  1 tahun 3 bulan 15hb ari tu hehehe...

yang lagi buat i happy... Ammar dh pandai berjalan.... lega i rasa... 

yang membuatkan ammar betul2 bersemangat nak berjalan tu sebab my family datang 14hb (sabtu) so sepupu sepupu ammar yang riuh rendah tu ada ikut sekali... mau taknya... dok panjat syiling la... bergayut dekat langsir la....(tipuuuu je...) tu agaknya dia tengok sepupu dia berlari sana berlari sini tu yang rasa nak join gak...

terus..16hb tu i tengok dia nak berjalan sendiri syukur alhandulillah... anak sedara i yang sulung kata Ammar jalan mcm zombi! cit! kurang asam punya anak sedara!....

Soknya i ada appt checkup ammar... i risau la klu nurse tu tya anak dh pandai jalan ke belum....so sekarang i boleh la jwp dgn banggganya...."anak saya dh boleh berjalan ok!"


masih terhuyung hayang...

i penah cakap dekat ammar "kalau ammar pandai jalan nanti ayah belikan basikal" so sekarang misi mencari basikal yang nampak macho dan murah! hahaha


Macaroni sup

i sekarang dh start bg ammar makan sendiri... emmm mmg melekit2 la umah dikerjakan... sabo sabooooo. tak cukup tangan kanan...tangan kiri pun guna gak wt suap makanan... tak pe la... ammar tak cebok berak lagi...hehehe


i cuma bagi sikit je la dekat Ammar.... yang banyaknya i suapkan... ne pun salah satu cara bagi ammar dok diam diam!.... kalau tak 1 umah i kena kejo dia tok 1 suap! mcm mn la i ne nak gemOk!


Tembikai Susu untuk Ammar

baru2 ne i pergi daiso... dok mengatal beli acuan bunga2 ne... ala... selalu tengok dekat tv orang masak2 guna acuan dekat lobak ngan kentang... i pun nak gak! walaupun i tak suke masak! hehe

dan ne pulak tembikai susu untuk i














jangan membazir! amalan syaiton! makan je...!

Khamis, 12 Disember 2013

10 Tip Dari Dr. Sherine

Assalamualaikum

hi u all....

i nak kongsi tip yang tersanggat la menarik..... i copy and paste dari blog Adli Rajiah yang boleh dijadikan rujukan bersama...

 Sesuai untuk kanak kanak berusia 0 - 3 tahun!

 1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 
 Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak. 
 
* klu ajak ammar berjalan sendiri dekat luar...dia akan rasa dulu baru jalan like "touch n go" la.. contohnya....ajak jalan dekat jln bertar...ammar akan rasa dulu jln tu ngan tangan dia baru la dia jalan... pas tu dok berjalan tersenget2...(biasa la budak baru belajar kan) sampai pulak dekat rumput dia kan sentuh lak rumput tu...jalan lagi tersenget2 sampai pulak dekat pasir... dia akan touch gak pasir tu...bergitu la seterusnya....bila mau sampai tu tak tahu la....*

 2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc
  Dr.Sherine kata "Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time." "Never leave the child and ipad alone. Watch with him. 

Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching." "It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching." 

 * ayoyo yang ne rasanya i selalu bagi ammar tgk video dkt hp lebih dari 10 minit! i akan bagi dia tengok video tok lekakan dia time bagi makan... yang bagusnya ammar tak jemu2 tengok video dia sendiri! hehehe *

 menurut Dr Sherine: Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.
 How? 
Bawak keluar rumah. Look around. 
Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. 
Bawah, tunjuk grass, 
tunjuk cat, 
tunjuk flowers. 

Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. 
Pastu flash huruf B kat bawah pulak. 
Pastu flash huruf C sebelah kiri,
 huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya. 

Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik.

3) Stimulate their imitation skills. 
 Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands.

Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development. 

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni: Say a word, dan suruh anak ulang. Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru. Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru. Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut. Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi. Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat. Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

* sllunya...bila ammar dance...ayahnya akan tiru gaya dance ammar huhuhuhu *

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

 * yang ini i tersangggat la suke mendengarnya.... sbb ammar dh 1 tahun 3 bulan masih suke merangkak lagi *

 4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
 Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain. Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.

 5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. 
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan "That is elephant!" atau "Wow u see that big elephant?" Camtu. 

 Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh, "Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird." Avoid guna perkataan "The This That And With etc". 

Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird." Camtu. Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively. 

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh, "Eat." bukan "Come and eat." atau "U must eat." "Sit." bukan "Come and sit beside Mama" atau, "Sit and keep quiet." Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence. 

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5.
 Avoid salam, hug or kiss. Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia. So macam fobia camtu la kan. Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. 

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

* emmmmmm baru perasan ada bagusnya jugak hi-5 ne.... ammar mmg xgeti salam sanggat... klu dtg moodnya dia akan sambut tangan kita dan terus gigit! klu soh wt hi-5 lak dia akan tepuk tangan kita banyak banyak kali! *

 7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah. 
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah. Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan. Kalau anak kau baring, kau pon kena baring. Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..- 

* sllunya kalu kita marah ammar...dia akan gelakkan kita balik *

8) Overly-attached to one person is not a good sign. 
 Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members. 

* ok yang ini "family members" ammar kena amik masa sekit tok rapat ngan orang... tapi kurang dari 24jam la.... *

9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Gitu. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Haruslah dimarahin dong. 

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. 
 Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak. 

 Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Haikal menangis?" Tapi Haikal diam je, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam "Haikal jatuh?" "Haikal sakit perut?" "Haikal nak ikut papa pergi kerja?" "Haikal bosan?" Itu contoh. 

Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang. 

Isnin, 9 Disember 2013

Si Boootak

Assalamualkum...

hi u all... dh lama kan i tak membelogkan huhuhu

punya la sibOk...... rasa mcm nk demam dh! huhuhuh sampai tak sempat nak menaip pun...

 ok ok i nak cerita semua pasal budak botak sorang ne...

Ini cerita selepas majlis wedding my sis.

yang pertama.... 

nak bagi tahu... Ammar dh boleh jalan... yeh....eh, syukur..... dia mula beria nak berjalan bila tengok naurah aka sepupu yang sebaya dia tu dh belajar bejalan... so tergugat la keegoan member ne... terus nak belajor jalan gak....


Naurah kalau berjalan mcm burung... Ammar la gaya dia mcm "gangnam style" huhuhu xpela... janji nak berjalan... punya la Ammar ne nak tunjuk hero gak..rajin betul belajor jalan dekat kampung... tapi bila dh balik semula ke umah... malas balik nak belajar jalan... sedih i! dia tak de member kot!

yang keduanya.... mainan baru ammar.... 

punya la dia suke dekat mainan tu... dok asik ajak pergi peti ais je sebab nak main benda alah ne... yang lagi bestnya... i boleh memasak dengan tenang sikit hehehehe
 

dapat free bila beli susu anmum! selalunya i pening bila susu ammar habis... "duit duit duit di mana ko duit" ....... susu dia yang 1.2kg tu cuma boleh tahan paling lama pun seminggu je.... tapi sekarang i tak sabo nak tunggu susu tu habis sebab nak kumpul mainan ne hehehehehe (rasanya mcm i je yang over dekat mainan tu) sekarang baru dapat kumpul 3... tinggal 1 je lagi...

Yang ketiga.... chef Ammar...

dok melalak lalak minta didukung! pastu pandai lak tunjuk arah dapur... maksudnya ajak kita pergi sana... dh sampai dapur...tunjuk pulak apa yang dia nak...


agak agak tunjuk apa? teka teka.......


1




2





3



Dia nak lesong ok!


ini la dia benda yang dia nak sesanggat tu.... i bagi dia lesong mainan dia xmau! nak gak lesong yang berat gedabak ne... nak jadi tukang masak agaknya.... bagus gak... senang i nanti...main order je....


Yang keempat ..... Allah hu akbar

Walaupun salah arah kiblat tapi tak pe la...hehehehehe. Bila kita bentang je sejadah sebut "Allah hu akbar" Ammar akan sujud... tapi cara sujud ammar terbaring mcm tu la...


"semoga Ammar menjadi anak yang soleh...aminnnnn"

Khamis, 28 November 2013

Post Mortem

Assalamualaikum... 

u all.....

Alhamdulillah.... selesai sudah majlis wedding my sis.

fuhhhhh.... lengoh lengoh badan i ne u all... (emmm mcm la buat kerja sanggat) 

i sebenarnya dan sejujurnya... tak de la tolong apa sangat pun... dok berkepit je ngan Ammar... Ammar lak tak mau dekat SEMUA orang dia dok ala ala merpati putih je..
mungkin sebab ramai sangat orang dekat umah... tu yang dia jadi takut kot.. 
bila Ammar dh tdo...baru la i kelibut tolong apa yang patut....eceh!

:.: KHAMIS :.:

i sampai umah petang khamis... u all tahuuuuu petang tu jugak baru la i tahu yang my sis. kena bernikah jumaat malam! yang sepatutnya sabtu pagi! sebabnya tok kadi ada hal lak sabtu pagi tu... tu pun dia baru bagi tahu pagi khamis...

Ayoyoyoooo pening Oooooooo mau taknya... i lak bijak sangat cuma bawak baju kurung tok belah lelaki sahaja! baju yang mmg sedia ada dekat umah tuuuu dah tak lawa... i tak nak pakai! penyudahnya... i pakai je la baju tok belah lelaki tu....

Bukan tu je... ngan ruang tamu umah i yang penuh dengan kotak2 gift tok tetamunya lagi... tengok kotak tu je pun dh rasa penat...lum angkat lagi! kotak2 tu kena dialihkan SEGERA sebelum tetamu datang malam jumaat tu tok Majlis Nikah


Gift tok tetamu...balang kuih

my mom buat sendiri ok bunga telur manik tu..... ngelat... time i kawen dulu my mom tak buat punnnn ( cari pasal ). mulanya... my mom nak beli yang dh siap je... sekali amoi kedai tu kata dh habis.. klu nak buatkan pun dh tak sempat sbb banyak org order... penyudahnya amoi tu ajo lak my mom buat bunga tu...

Hal stiker yang i buat tu lak...kalau u all nak tahu...i dh rasa putus asa dh nak menampal! sebab punya la banyak... 1000pcs tu beb.. tapi bila i kenangkan usaha i memdesign stiker tu... usaha i ngan adik ipar dan adik cc memotongkan stiker tu terus semangat i bangkit semula! cewah...

kononnya...my sis kata i tak payah la lekatkan stiker tu...sbb nanti mak cik2 ne akan datang tolong tampalkan.... tapi bila i kenangkan "mak cik2" yang kena buat i rasa kesian pulak... ye la... mak cik2 ne dh la rabun.... mesti payah dia orang nak kopek2 stiker tu huhuhuhu jadi lebih baik i je yang buat!

disebabkan nak kena bernikah malam esoknya... so malam tu gak la i ngan my second sis pakaikan inai dekat bakal pengantin!... bakal pengantin pulak time2 pakai inai time tu la nak garu sana la nak ganu sini la...sabo je la... "wei long dh dekat kol 1.00pagi ne... tak payah la nak tergaru2 sangat!" bila tengah buat dekat jari kaki baru la teringat nak tya "long ko dh kencing lum?" hahahahahaha

:;: JUMAAT :.:

Majlis nikah start pukul 9.00malam...


Bacaan bezanzi

Akhirnya... my sis sudah bergelar "Puan" alhamdulillah... dengan sekali lafas sahaja! u all tahu... i baru jumpa "abang long" i tu time dia nak akad nikah! huh i mmg tak penah jumpe dia lagi pun! 

Setelah habis akad nikah...buat bacaan bezanzi pulak....

Anak sedara i yang sulung cakap "pelamin mak long cantikkkkkkk pelamin ucu dulu tak cantik pun!" kurang asam garam punya budak! %#*()&%##&^* tapi mmg i akui la.... huhuhuhu sedihhh!

:.: Sabtu :.:

u all tahu kan i ada buat bunga tisu yang i tak tahu lagi nak letak mana tu kan... akhirnya i mendapat idea... i letak dekat tirai pintu bilik pengantin! tu pun sebab orang dok asik tersalah masuk bilik pengantin je... semua orang ingat bilik i tu bilik pengatin! "i ne pengatin lama la....." kalau bilik i berkemas tak pe la gak... ne mcm bilik baru lepas kena samun! malu la oiiiii. So i letak la bunga tisu tu bagi ada kelainan sket....

i sebagai adik pengantin ditugas kan sebagai PA dan Pemegang amanah... maknanya... i akan tolong la my mom and dad urusankan gift tetamu... tuangkan air.. yela kan ramai orang nak salam2 my mom & dad... mn sempat nak tuang2 air ne... lagi i jadi tukang simpan bag salam kaut... tu yang i suke... tapi yang tak bestnya...i tak sempat pun kira duit salam kaut tu huhuhuhu

Tapiii yang lagi menyedihkan lagi 1001 terkilan i terlupa sesuatu.... sop sop sopppp i terlupa nak pakai pin tudung flower coklat yang i kononnya nak my mom & my second sis pakai huhuhuhu i baru teringan sabtu malam tu.... rasa mcm nak pinjam je mesin masa doremon.....

i tak sempat pun nk curi2 amik gambar time sanding... sibuk la katakan... belah perempuan tema coklat gold!

Malam tu bila majlis dh selesai... apa lagi... merelexkan  diri la... my mom tdo dr maghrib tak sedo2 diri... walaupun sebenarnya umah dh berselerak giler... lantak la..

:.: Ahad :.:

Keesokannya.... umah belah lelaki pulak... tema pink... Ammar sampai2 je umah pengantin terus pengsan! kesian....kepenatan...

Disebabkan kte orang ne tak ramai adik beradik...dh tu semuanya girl... so orang kuat yang banyak membantu mengemas mesti la abang ipar i (suami angah) ngan my suami.... 

wish tok my sis... "semoga perkahwinan ne kekal hingga ke jannah" aminnnnn

Rabu, 20 November 2013

DIY : Bunga Tisu

Assalamualaikum....

u all... nape i rasa hari ne mcm ari jumaat je...

huhuhuhu tak sabo nak balik kampung... i start cuti esok... sampai la hari isnin... 

see u all tuesday ok...

satu lagi DIY yang i teringin nak buat... yela...time i kawen dlu i tak buat....

Bunga Tisu Sejambak Seciput!


i tak buat banyak pun...ciput2 je... tok hiasan je... tapi nak hias dekat mana....tu i tak tahu lagi...


ne bunga yang belum mekar lagi.... sape nak tolong i mekarkan bunga ne.... huh!

buatnya tak de la susah sanggat... tapi bagi i yang leceh tu time nak memekarkannya... 

kena buat sopan santun! kalau tak terkoyak la bunga i tu... sebabnya i guna tisu royal je....

tisu ne pun i kena sorok dari semua orang...klu tak ada yang guna wat letak kulit udang huhuhuhu sedih!



TIPS dari i.... lagi banyak2 lapisan tisu lagi cantik bunga u all nanti.. yang i buat tu 4 lapis sahaja...

DIY : sangkar sweet2

Assalamualaikum... 

u all masih ingat lagi tak pasal sangkar tok tabur2 sweet yang i belum DIY kan tu...

semalam i dh 80% menyiapkannya... 

Hasilnya....


Bersama duit gold hasil menyelongkar tabung orang....

i nk letak kelopak2 bunga tu sekali dalam sangkar.... kengkononnya nnti bila tabur sweet2 tu bersama dengan kelopak bunga tu sekali... macam romatik je tengok huhuhuhuhu

besar ok dugaan i nak mengunting kelopak bunga tu je pun... sebab adanya mat bunga ne!


Ammar buat bunga i tu mcm penyapu OK! habis dia sapu lantai2... dinding2 semua... huh!

kalu nak tengok  hasil yang 101% kena la datang umah....

DIY : Stiker wedding #2

Assalamualaikum.. 

Hi u all

nak bagi tahu... akhirnya.... semalam siap kesemua stiker siap dipotong.... 

Alhamdulillah..... 1000pcs tu beb


tu pun i guna kuasa veto i sebagai "kak long" mengarahkan adik ipar i soh siapkan potong mlm semalam gak! hahahahaha time tu tinggal 200pcs je....

terima kasih la deq oi....

Jumaat, 15 November 2013

14 Bulan : Merangkak lebih lama anak semakin pintar

Assalamualaikum... 

Hi u all....

Hari ne Ammar dh genap 1 tahun 2 bulan... 

Tapi masih suke merangkak lagi..... sebenarnya... agak merisaukan jugak... budak2 lain yang sebaya dengan Ammar ada yang dh belari bagai dh...

mula la i pikir mcm2.... tkt ada masalah kaki la.... tapi...... elok je ammar memanjat tu... siap leh panjat sampai atas meja makan lagi....  ha! lagi satu... siap berjogit ok!

i ada terjumpa info dari blog ne... tapi i tak tahu la plak dari mana blog tu dapat info ne... bunyinya mcm ne......


so sekarang i rasa senang hati dh..... hehehehehehe

ok Ammar...jom merangkak sama2...



Ne pulak info dari BabyCenter :

 " Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri sendiri, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan mengundur. "

" Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi. " 

Rabu, 13 November 2013

DIY : Stiker Wedding

Assalamualaikum.... 

 hi u all.... 

cun pulak tarikh hari ini kan....

13.11.13 

 tapi yang lagi cunnnnn (perasaannnn) stiker yang i buat ne.....


antara projek DIY tok my sis....

yang dh digunting cuma 200pcs je.... Oohhhh TQ la dkt adik cc tu yg tlg guntingkan hehehe

Tapi ada lagi 40 keping kertas stiker di X kan dengan 20pcs ber = an 800pcs lagi yang belum digunting!

ayoyoooo sape nak tolong i buat rewang gunting2 kertas ne.....plzzzzz

Khamis, 7 November 2013

Step by step

Assalamualaikum.... 

hi u all....

 Sejak menjak ne.... ammar dh rajin nak bangun berdiri sendiri... klu tak berdiri sambil menyandar dekat kte je.... ngelat!

 dapat la berjalan 2 ke 3 tapak... tu pun tanpa sedo... terjalan sendiri.. pas tu kelepek jatuh
 

leka main belon yang tak berbayo time beli coklat dekat famous amos ari tu....



Alhamdulillah.... ada kemajuan... walaupun demand hanya nak berjalan dengan sendiri bila kuwa umah je.... walaupun lutut dah merah2... sanggup nk merangkak gak!

Ari tu bwk pergi AEON punya la laju dia berjalan... sambil berpimpin la.... sampaikan ibu ngan ayah dia tercicir dekat blkg!

Bila balik umah... melutut balik! huhuhu



Merajuuuuuuk sebab amik belon dr tangan dia... drama je lebih... tak meleleh air mata puuuun...

Isnin, 4 November 2013

Salam Muharram

Assalamualaikum... 



" Jangan lupe baca doa akhir tahun sebelum maghrib ne... "



" Dan doa selepas maghrib... jangan tersalah baca pulak! "


DIY : Sweet Candy

Assalamualaikum... u all

emmmmm ramai org bercuti ari ne.... mau taknya..sok dh cuti awal muharram... klu la i ne banyak cutiiii tak payah cakap la... i pun nak cuti gak!

so... org yang tak de cuti ne... dok opis buat mcm opis sendiri huahuahua...

u all.... i tak sabar ne... tak lama lagi wedding my sis... tak payah nak terkejut sangat k..  i yg kawen dulu aka langkah bendol! dh jodoh kan..... k... gatal ???

 Disebabkan ne wedding yang last.... so i tersangat la teruja... tinggal 18hari je lagi... klu i jadi my sis mesti i dh terketor2 ne.... (tipuuuuuuu)

macam macam i nk DIY tok my sis... antara yang i boleh kongi ngan u all... i plan DIY tok acara tabur sweet sweet candy... 

Rasanya org jOhOr je kot yang buat acara mcm ne... i explain sket ok... sllunya acara ne bila pengantin dh lama dok menyengih atas pelamin dan dia orang dh lapo nak makan... so pengantin akan tabur sweet candy ne dekat tetamu yang sudi tengok dia orang menyengih atas pelamin hehehehe...

seronok ok... berebut2 semua orang... bukan budak2 je... mak2 atok2 budak pun join gak....

so.. my plan DIY nak letak sweet sweet candy dalam sangka burung ne....



i suke coklat beryls... so i nk bagi dekat tetamu rasa coklat ne.... i beli dekat Famous Amos je.. sbb leh campur2...

pilih punya pilih cekut punya cekut sesuke ati.. sekali bila bayor.. RM40.30 amik ko!
 "my sis... u tak perlu risau k... i tak mntk claim pun kt u..." sop sop soooop

Ammar punya la ske masuk kedai Famous Amos... mungkin sebab colourful kot.. belikan la tok dia belon yang tak kan kempis kempis tu... entah apa namanya.. amik yg kecik je... RM3.90 punya la dia suke.... bila Ammar dh pegang jangan harap la nk amik balik dari tangan dia... 

Penyudahnya sampaikan jurujual tu lupa nak kira harga belon tu... i lak baru perasan bila dh sampai umah... kira hadiah je la.....

sambung balik story sweet candy i ne.... klu nk lagi menarik.... kte seletipkan sweet candy ne ngan duit siling.... tak nk seletip pun xpe... misi i sekarang ne... mencari duit siling emas... habis tabung suami i pun i selongkar!


bukan coklat je i bagi... gula2 angry birds pun i letak sekali... punya la i suke jmpe gula2 angry birds ne.... (mengalahkan budak2 kan...) sbb...i kan nak masukkan sweet2 ne dlm sangka burung.. kira setema la burung ngan sangkar ne... kononnya.....

klu u all nak tgk hasilnya.... kena tunggguuuuuuuuuu

Selasa, 29 Oktober 2013

FBI

Assalamualaikum......  

hi u all...

i sebenarnya nak cita pasal Ammar... biasa la kan... bila dh ada anak ne.. dok cita pasal anakkkkk je... korang sabo je la ye.... heheehe

korang tahukan i punya TV dh digantung... bukan TV je..ngan speaker2nya sekali! tengok ne!


Kononnya gantung TV ne sbb ammar ne suke tarik2 speaker... "unggah unggah" TV... pas tuuuu tengok TV mcm nk masuk sekali dlm TV tu... tapi sekarang...tak puas dia dok mendongak tgk TV dia dok memanjat pulak....

Minggu lepas.... i jadi FBI siasat perangai anak sendiri... biasala... pengasuh yang lagi lama ngan anak kte... 9 jam lebih tu..... ngan kite cuma 3 k 4 jam je dalam 5 hari.. 

amik anak pun dlm kol 5.30pm... kol 8.30 k gitu anak dh ngantok nak tdo sampai la ke pagi... kol 7 lbh dh anto anak balik k pengasuh!

So...antara siasatan i....


 Cakkkkkk......

i dh tahuuuuu nape ammar lebih suke dkt speaker dari Shah Rukh Khan.... sebab dia nampak muka dia sendiri dekat speaker tuuuuu... sebab tu la Ammar makin suke memanjat


Korang agak ammar ngah buat apa ne.....


bababababaaaaaa

ne la gayanya bila ammar "merajuk!" mcm gegirl!


Amaran k.... jangan la letak botol susu dia tepi sofa ne... kalau tetiba dia rasa haus je... dia leh panjat sofa ne tok ambil botol susu dan terus landing baik punyaaaa... sanggat la bahaya... sbb dia leh gedebOk jatuh dari sofa..mau tak nya minum susu sambil berguling2...


babaiiiiiiii

ne lak dh geti nak ajak kuwa jenjalan.... tapi tengok gaya mcm tak "ajak" je kan... mcm nk kuwa sendiri je... nasib la gak... pintu umah tu punya la berat! mcm pintu simpan barang bersenjata api...

Ketuk2 pintu pun pandai... kadang2 tu rasa mcm nk runtuh gak pintu bilik air dia ketuknya... ne pun bahaya gak... buatnya kte bukak je terus pintu tu...sedangkan Ammar ngan berdiri pegang pintu! ada kang yang tersungkur....

sekiannnn sampai sini je....

Jumaat, 25 Oktober 2013

Oo...anak

Assalamualaikum..... 

salam jumaat u all..... 

 Pehhh....seronok jadi kaum hawa ne....bila jumaat je... leh g shopping.... nanyi sorang2... mcm jiran sebelah aku ne... yela... boboi kan xde kt opis... leh la test2 suara... hahahaha... makan2... tdo... tgk cita korea pulak... tdo balik... bangun balik... eh...lambatnya nak pukul 2.45pm hukhukhuk...

yang lagi best... sok cutiii yahooooo

nak cita sket pasal boboi yang belum boleh solat jumaat ne...

tengok tengok....


Emmmmm..... tak perlu kata apa2...

ini la keje Ammar hari2 "mengemas" habis semua benda dalam laci dikeluarkan... sabo je la...
ok la dari dia dok memanjat2 time kte kt dapur knnnn... sekarang ne.. kerusi meja makan pun dh boleh panjat.. 
kalau kerusi makan dh lepas panjat... meja makan jangan cakap la... tentu2 gak dia boleh naik


Ammar lagi minat dekat speaker dari Shah Rukh Khan

Petang semalam ayah Ammar dh menyangkut TV... so kte orang semua sekarang dok mendongak la tengok tv... Aktiviti memanjat tetap berjalan seperti biasa....

Khamis, 24 Oktober 2013

Tak hensem!

Assalamualaikum....

u all....

 Semalam.... bederO darah i tengok muka Ammar... Mulut Merah Berdarah! huhuhuhu

Biasa la bujang ligat sorang ne.... terjatuh dekat umah pengasuh..
dok merayap dekat dapur sekali tercepuk dekat alas kaki yang plastik yang tajam tu dekat muka dia...
huaaaaaa bayangkan bayangkannnnn.....

Tapi masa amik petang tu... Ammar dok tersenggih2 je... tak de dok melalak...
sedih Oooo tengok muka Ammar...huhuhuhuhu dh tak hensem...

Semalam petang test la bagi Ammar makan epal ijau... ingat kan tak suke.... masammmmmm....
tengok elok je dia makan... tak kerut2 muka pun...


"Ammar... makan pakai tangan kanan la..."



"eh....tak tak... tukar buah epal tu dekat tangan kanan dulu"

Ammar klu bab makan boleh jadi gaduh... ne kalau ambik barang dekat tangan dia... mau boleh jadi drama sedih lak kang...

walaupun mulut tu dh bercalor balau.... habis gak la epal tu dia kongkisnya...



Tengok betul2 muka Ammar tu... kesian kannnn huhuhuhuhu

Aii.... nak buat macam mn... ammar ne mmg ligat pun...tak leh la nak salahkan orang lain...


so...kena la ngan pin yang sweet ne ngan i... hehehehe

Ammar.... cepat2 la jalan... nanti tak de la jatuh2 mcm ne lagi.... Ammar bukannya tak geti jalan... cuma suke berdukung je...


mcm ne la gayanya klu disuruh berjalan... Ammar ne pengeli kot....